top of page

SARA RM100 'ligatkan' putaran ekonomi dalam negara - Dr Barjoyai

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 26
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Pemberian bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 secara sekali bayar kepada rakyat dijangka memberi kesan berganda kepada ekonomi negara apabila sejumlah RM2.2 bilion dijangka berputar dalam pasaran.


Pakar Ekonomi Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST), Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, inisiatif itu akan merangsang pengeluaran perkilangan, menambah pendapatan pekerja dan pengilang serta meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kerana dibelanjakan penerimanya.


''Itu kesan langsungnya. Kesan tidak langsung pula ialah ia akan memberikan keyakinan dan sentimen yang positif dalam kalangan pengguna, pengilang-pengilang dan peniaga.


''Apabila kesan sentimen positif ini wujud, ia bermaksud masing-masing akan lebih berani berbelanja, membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaan.


''Selain itu, masing-masing juga berani membeli barangan termasuk kenderaan, rumah dan sebagainya, (sekali gus) memberikan kesan tidak langsung yang lebih besar,'' katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau diminta mengulas bantuan RM100 yang dianggap 'kecil' bagi sesetengah pihak namun memberi impak besar kepada sektor peruncitan, makanan, dan penjagaan kesihatan.


Tambahan pula, RM2 bilion disuntik kepada 22 juta rakyat dewasa, sekali gus merangsang aliran tunai dan mencetuskan kesan putaran ekonomi.


Mengulas lanjut, Dr Barjoyai menyifatkan, kesan keyakinan merupakan satu elemen penting kerana dalam sesebuah ekonomi berasaskan perdagangan seperti Malaysia, ianya dipacu oleh penggunaan persendirian atau isi rumah.


Ujarnya, apabila keyakinan meningkat, sentimen positif akan mendorong rakyat lebih bersemangat untuk berbelanja.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page