top of page

SARA: Fokus utama ringankan beban rakyat, masalah teknikal perlu dibaiki

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 2 min read

ree

Oleh: Helmi Foad


Masalah teknikal yang dihadapi membabitkan sistem penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada masa ini tidak sewajarnya menjadi penghalang kepada orang ramai untuk memanfaatkan skim bantuan tersebut dengan pemerhati sosial melihat ia perlukan masa untuk penambahbaikan.


Seorang pemerhati sosial Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif berkata, sebarang program baharu yang melibatkan jutaan penerima sudah pasti berdepan dengan cabaran teknikal termasuk isu sistem tidak dapat mengesan atau mengimbas kad pengenalan di premis jualan.


"Gangguan sistem atau masalah pengimbasan (kad pengenalan) bukanlah sesuatu yang kekal, malah ia boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.


"Yang penting, kerajaan telah menunjukkan keberanian untuk melaksanakan inisiatif ini demi meringankan beban rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dalam berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup," katanya.

Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif
Syed Mohd Al Amin Tuan Sharif

Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini memperkenalkan inisiatif bantuan SARA RM100 untuk pembelian barangan keperluan asas sebagai penghargaan sempena Hari Kemerdekaan ke-68.


Sumbangan itu boleh ditebus mulai semalam hingga Disember ini dengan menggunakan kad pengenalan di lebih 7,000 premis tersenarai di bawah program MyKasih.


Bayaran SARA bulanan semasa bagi penerima dari kalangan miskin tegar juga dijadual dikreditkan pada September.


Syed Mohd Al Amin berkata bantuan tersebut membuktikan kerajaan Madani prihatin dengan realiti hidup rakyat.


"Bantuan RM100 mungkin kelihatan kecil bagi sesetengah pihak, tetapi bagi ibu bapa yang perlu membeli beras, minyak masak, susu anak atau barang keperluan asas, jumlah ini memberi kelegaan yang besar. Ia melambangkan semangat keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara secara lebih saksama," ujarnya.


Dalam pada itu beliau berkata terdapat pihak tertentu melemparkan tohmahan dengan cuba menggambarkan inisiatif tersebut sebagai gagal dan tidak berkesan.


"Namun begitu, rakyat harus menilai dengan rasional. Apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan Madani adalah satu langkah progresif iaitu memodenkan cara pemberian bantuan dengan sistem digital agar lebih telus, cepat dan mengurangkan ketirisan," katanya.


Jelasnya orang ramai, katanya, perlu memberi masa kepada kerajaan untuk memperbaiki kelemahan sistem berkenaan dan tidak mudah terpengaruh dengan suara-suara sinis yang hanya pandai mengkritik tanpa menawarkan penyelesaian.


"Sebaliknya, marilah kita menghargai usaha kerajaan Madani dalam membawa perubahan yang lebih baik untuk negara dan rakyat.


"Inilah bukti komitmen kerajaan PMX untuk memastikan prinsip Madani benar-benar diterjemahkan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page