top of page

'Sanusi tidak perlu datang Selangor jika mahu cetus perbalahan'



Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor tidak dialu alukan untuk datang lagi ke Selangor sekiranya kehadiran beliau hanya mahu mengguris hati rakyat negeri itu.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, MB Kedah tersebut selalu mencari punca kemarahan rakyat Selangor dalam hampir setiap ceramahnya sebelum ini.


Oleh itu, beliau semalam mengarahkan Ketua Penerangan di 22 Cabang KEADILAN Selangor supaya membuat laporan polis terhadap Sanusi.


"Sebagai Ketua Penerangan negeri saya telah minta mereka buat laporan. Kita telah mula dengan beberapa cabang dan kita akan buat melibatkan 22 Cabang di Selangor.


"Laporan ini kerana kita buat kerana anggap MB Kedah biadap. Kita minta supaya tindakan, siasatan dijalankan segera oleh pihak polis memandang beliau ini sudah terlalu biadap.


"Datang Selangor akan ada perkataan yang mengguris hati rakyat Selangor (disebut). Jadi kita tak perlu orang yang sebegini datang ke Selangor dan mencari punca ketidaksefahaman antara kami rakyat negeri Selangor," katanya pada sidang media selepas KEADILAN Cabang Petaling Jaya membuat laporan polis terhadap Sanusi semalam.


Sanusi dalam ceramahnya baru baru ini mempertikaikan kebijaksanaan Sultan Selangor dalam melantik Datuk Seri Amirudin Shari sebagai MB Selangor, sedangkan hak pelantikan MB adalah hal mutlak sultan atau ketua negeri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page