top of page

Sanusi pohon maaf: Harap beliau insaf - Mahfuz



Permohonan maaf Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Facebook beliau kepada Datuk Mahfuz Omar disambut baik oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah itu.


Menurut Mahfuz, beliau berpuas hati dengan permohonan maaf tersebut.


"Saya sudah tengok permohonan maaf beliau.


"Alhamdulillah, apa yang saya boleh katakan ialah nampaknya Sanusi akur dengan hakikat bahawa beliau telah memfitnah saya. Semoga beliau insaf.


"Mana kan tidak, jika Sanusi merasakan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan itu tidak betul, sudah pasti beliau akan merayu ke Mahkamah Persekutuan," katanya dalam satu kenyaan semalam.


Katanya, Sanusi dengan itu telah akur dengan tuduhan tidak benar yang dilemparkan beliau berkenaan premis pusat judi Sports Toto di Kedah sebelum ini.


"Memandangkan Sanusi tidak teruskan dengan rayuan ke peringkat Mahkamah Persekutuan, nampaknya Sanusi akur dan bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan bahawa Sanusi telah memfitnah saya, dan Sanusi akhirnya akur bahawa saya hakikatnya tidak ada langsung sebarang kaitan dengan pemindahan premis pusat judi Sports Toto seperti yang difitnahnya itu.


"Semoga keinsafan Sanusi ini berkekalan dan tidak lagi koyak," katanya lagi.


Baru baru ini rayuan Menteri Besar Kedah terhadap saman fitnah Mahfuz ditolak oleh Mahkamah Rayuan. Mahkamah juga membenarkan permohonan peguam Mahfuz untuk menaikkan jumlah ganti rugi daripada RM50,000 kepada RM120,000.


Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman itu berdasarkan hantaran yang dibuat oleh Muhammad Sanusi dalam akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page