top of page

'Sanusi kalau tak boleh hormati raja Selangor duduk sahaja di Kedah'



Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor menasihatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor agar tidak lagi berceramah di negeri itu sekiranya tidak boleh menghormati Ketua Negeri Selangor.


Ketua AMK Selangor, Muhammad Izuan Ahmad Kasim berkata demikian selepas membuat laporan polis ke atas Sanusi di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam petang semalam.


Katanya, sikap Sanusi yang memperlekeh Sultan Selangor dalam ceramahnya baru baru ini tidak wajar berlaku kerana isu politik seharusnya berlegar dalam kalangan orang politik sahaja tanpa perlu membabitkan institusi DiRaja.


"Saya beranggapan kami ahli politik, sepatutnya permainan politik itu hanya dalam kalangan ahli politik. Tidak perlu sentuh institusi DiRaja atau mana mana raja di Malaysia.


"Sanusi ini sampai tahap melampau. Beliau hadir ke Selangor berceramah, lepas itu dia mengutuk Tuanku Sultan Selangor.


"Jadi sebagai rakyat Selangor kami katakan, kalau tak boleh menghormati raja Selangor duduk sahaja di Kedah jangan datang (berceramah) tiap tiap minggu," katanya.


Dalam pada itu, Izuan juga terkilan dengan sikap pemimpin PN Selangor yang duduk sepentas dengan Sanusi tetapi tidak menegur perbuatan biadap beliau.


Malah, katanya, sehingga hari ini pemimpin PH Selangor tidak langsung membuka mulut mempersoalkan ucapan Sanusi.


"Dia (Sanusi) kena faham beliau MB Kedah. Saya terkilan bila mana pemimpin PN yang duduk sepentas (dengan dia) tak ada satu pun yang menegur. Mungkin sebab takut, saya tak pasti.


"Di situ saya tengok ada Datuk Yunus Hairi, ada Azmin Ali. Tak ada satu pun yang buka mulut. Sehingga hari ini pemuda PN tidak buka mulut apabila Sanusi bersuara


"Saya ingatkan, kita nak hadapi pilihanraya ini perlu cerita soal dasar. Apa yang nak dibuat. Bukan sibuk cerita ada azan, tak ada azan. Orang Selangor bukan orang Selangor


"Sepatutnya pemimpin taraf nasional mula berfikir apa yang mereka tawarkan (di Selangor)," katanya lagi.


Justeru itu, AMK mahu pihak polis segera bertindak menyiasat Sanusi kerana sebelum ini pun Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara telah memberi amaran kepada ahli politik agar tidak menyentuh isu 3R sepanjang kempen PIlihan Raya Negeri kali ini.


Dalam sidang media tersebut juga Izuan berkata beliau dimaklumkan sebanyak 30 laporan polis telah dibuat ke atas Sanusi termasuk daripada AMK Cabang di seluruh Selangor.



0 comments

留言


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page