top of page

Sanusi didakwa hina institusi di-Raja, bukan PM, MB



Isu berkaitan Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang dihadapkan ke mahkamah atas dua tuduhan menghasut semalam adalah disebabkan keceluparannya terhadap institusi Raja-raja Melayu.


Setiausaha politik Datuk Menteri Besar Selangor, Juwairiya Zulkifli menegaskan kes membabitkan Sanusi itu tiada kaitan dengan Perdana Menteri atau Menteri Besar Selangor.


"Kerana mulut badan binasa. Jangan seronok maki orang sana sini hinggakan kebijaksanaan Tuanku Sultan (Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor) diremeh dan direndah-rendahkan martabatnya.


"Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar," kata penyandang Dewan Undangan Negeri Bukit Melawati itu di Twitter.


Sanusi pada Selasa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Selayang atas dua tuduhan menghasut pada 18 Julai.


Menteri Besar Sementara Kedah itu bagaimanapun tidak mengaku bersalah. Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes itu pada 4 Oktober.

Pada 14 Julai, Dewan di-Raja Selangor membuat laporan polis terhadap Sanusi ke atas persendaan yang dilempar kepada DYMM Sultan Selangor untuk polis mengadakan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada Isnin selepas menerima menghadap Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi di Istana Bukit Kayangan bertitah perkara berkaitan Sanusi yang mengutus warkah meminta ampun daripada baginda, namun hal itu dititah sultan sebagai masih belum selesai.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page