top of page

Santuni warga Setapak: Raikan kepelbagaian budaya menjelang 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 2 min read

Lai (duduk, kiri sekali) dalam majlis meraikan warga emas, kanak kanak kurang bernasib baik sempena Krismas
Lai (duduk, kiri sekali) dalam majlis meraikan warga emas, kanak kanak kurang bernasib baik sempena Krismas

Menjelang ketibaan Krismas, aktivis kemasyarakatan Lai Chen Heng terus komited menyantuni warga setempat melalui jadual yang padat. Sejak November lalu, beliau giat menjalankan agihan kalendar 2026, bermula dengan sambutan Krismas bersama anak-anak yatim Comforter's Hope dari Taman P Ramlee serta menghadiri program gereja tempatan.


Kemuncak program berlangsung pada 20 Disember lalu apabila Lai memenuhi jemputan kumpulan Jojo Sister Line Dance dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Wangsa Maju Subzon 2. Bertempat di Dewan Masyarakat Taman Setapak, majlis tersebut menggabungkan keunikan dua perayaan: sambutan Dong Zhi (Solstis Musim Sejuk) dan parti Krismas.


Program dimulakan dengan aktiviti tradisi membuat Tang Yuan (bola pulut), diikuti dengan nyanyian karol Krismas dan sesi pertukaran hadiah.


Menurut pengerusi MPP Subzon 2, Ng Kay Khim, tahun ini merupakan kali pertama beliau menjadi tuan rumah kepada acara seumpama itu.


"Saya membuka ruang kepada kumpulan seperti Jojo Sister untuk menggunakan fasiliti ini agar warga emas mempunyai tempat yang bermanfaat untuk meluangkan masa. Dong Zhi sangat penting, begitu juga Krismas di mana kita dapat melihat riak wajah gembira semua yang hadir," kata beliau.


Pemimpin kumpulan Jojo Sister, Puan Yap pula menekankan mereka bukan sahaja meraikan Dong Zhi, malah menyusun sambutan Krismas yang bermakna pada hari yang sama bagi memperkukuh hubungan antara ahli.


Selain beramah mesra, Lai Chen Heng turut mengambil kesempatan mengedarkan kalendar kepada tetamu dan penduduk sekitar sebelum mengakhiri hari dengan menghadiri sambutan Dong Zhi anjuran KRT Kampung Lee Kong Chian pada sebelah malam.


Dalam ucapannya, Lai menekankan kepentingan perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.


"Setiap perayaan seharusnya menyatukan kita. Jangan biarkan perpecahan merosakkan keharmonian Malaysia. Krismas membawa mesej kedamaian, manakala Dong Zhi adalah hari penyatuan keluarga. Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan tenaga yang positif," kata beliau.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page