top of page

ADN Sentosa cadang pusat kebudayaan masyarakat India, pamer kebudayaan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 24 minutes ago
  • 1 min read
Dr Gunaraj ditemui pada  Program Pesta Kebudayaan Chitirai Perpaduan Sentosa 2026
Dr Gunaraj ditemui pada  Program Pesta Kebudayaan Chitirai Perpaduan Sentosa 2026

Sambutan bulan Chitirai yang menandakan tahun baharu masyarakat India diraikan dengan meriah menerusi penganjuran program komuniti di DUN Sentosa yang menghimpunkan pelbagai aktiviti kebudayaan dan jamuan tradisional.


Ahli Dewan Negeri Sentosa, Dr Gunaraj George berkata, program anjuran pusat khidmat DUN itu diadakan khusus bagi memberi ruang kepada masyarakat India meraikan perayaan tersebut secara bersama.


"Hari ini sempena bulan Chitirai. Bulan ini adalah tahun baharu untuk masyarakat India. Program ini kita anjurkan untuk masyarakat India meraikan bersama," katanya dalam kepada media di Program Pesta Kebudayaan Chitirai Perpaduan Sentosa 2026.


Menurut beliau, program yang bermula seawal jam 10 pagi itu menampilkan pelbagai acara termasuk persembahan muzik, aktiviti tradisional serta jamuan makanan yang disediakan untuk kira-kira 2,500 pengunjung.


"Sejak pagi tadi pukul 10, kita ada acara tradisional, muzik, jamuan disediakan untuk 2,500 orang makanan atas daun pisang," katanya.


Pada masa sama, dalam program yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari itu, beliau turut mencadangkan penubuhan sebuah pusat kebudayaan khusus bagi masyarakat India sebagai platform memelihara dan mempromosikan warisan seni serta budaya.


"Saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan satu pusat kebudayaan untuk masyarakat India. Menteri Besar juga telah ambil maklum bahawa kita perlu sediakan pusat kebudayaan untuk masyarakat umum," katanya.


Menurutnya, pusat tersebut boleh menjadi ruang mempamerkan kepelbagaian seni termasuk muzik, tarian dan warisan budaya lain.


"Ia boleh mempamerkan apa jenis yang kita ada dari segi muzik, tarian dan sebagainya. Itulah Malaysia, itulah Selangor," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page