top of page

Santuni Asli 2.0: Simbolik persaudaraan, keharmonian

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 22
  • 1 min read

Saifuddin (tengah) meraikan pengantin Orang Asli Muslim di Kuala Kubu Bharu
Saifuddin (tengah) meraikan pengantin Orang Asli Muslim di Kuala Kubu Bharu

Kerajaan Negeri Selangor terus komited mengiktiraf serta memastikan kebajikan masyarakat Orang Asli terjamin menerusi pelbagai inisiatif dan program yang dilaksanakan.


Setiausaha Politik Menteri Besar Saifuddin Shafi Muhammad berkata, beliau hadir ke program Santuni Asli: Menantumu Menantuku Jua 2.0 di Masjid Jamek Ar Rahimah, Kuala Kubu Bharu pada Khamis bagi meraikan 24 pasangan pengantin baharu daripada masyarakat Orang Asli Muslim.


Tambahnya, kehadiran bukan sekadar meraikan, malah tanda sokongan terhadap usaha mengeratkan hubungan komuniti Orang Asli dengan masyarakat umum agar mereka tidak merasa terpinggir.


"Program ini menekankan nilai persaudaraan, keterangkuman dan semangat kekeluargaan, di mana setiap insan dilihat sebagai sebahagian daripada keluarga besar Malaysia tanpa mengira latar belakang, bangsa mahupun budaya.


"Acara ini memberi simbolik bahawa penerimaan, kasih sayang dan penghormatan meluas kepada semua insan sebagai keluarga bersama


"Tahniah atas kejayaan penganjuran ini yang membolehkan kita saling memahami budaya dan menyantuni adat tanpa meminggirkan syiar Islam yang dijunjung tinggi," kata Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor dalam kenyataan di Facebook.


Program dianjurkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor serta Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor, dan disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Siti Razmah Idris.


Selesai majlis akad nikah, kesemua pasangan diraikan dalam resepsi yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan berhampiran masjid.


Sementara itu Siti Razmah dalam ucapannya berkata, program itu bukan sahaja membantu pasangan Orang Asli Muslim mendirikan rumah tangga, malah turut merangkumi proses pemutihan dokumentasi seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan rekod perkahwinan.


Pendekatan yang dilaksana jelasnya, adalah langkah penting dalam membentuk komuniti Islam Orang Asli yang lebih tersusun dan harmoni untuk menjadi contoh kepada masyarakat sekeliling.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page