top of page

'Sampai masanya Kedah kita bangunkan semula' - Anwar



Kedah yang menghadapi masa hadapan tidak menentu dan krisis bekalan air yang gagal diselesaikan oleh kerajaan Pas mempunyai peluang kedua untuk maju bersama Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri, Julai ini.


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan sempena majlis Himpunan Madani Kedah 2023, malam tadi.


Katanya, tujuan beliau ke Kedah bukan untuk bermusuh dengan Kerajaan Negeri atau Menteri Besar tetapi menawarkan masa hadapan yang lebih baik buat rakyat negeri itu.


"Saya tidak datang untuk musuh sesiapa, saya datang untuk kata sampai masanya Kedah kita bangunkan semula. Rakyat yang pertahankan integriti, pertahan pertanggungjawaban. Bersihkan negara ini dan bela nasib rakyat miskin.


"Kita jaga kewangan negara. Hasil lebih baik dari dulu. Pesawah padi kita bela, pekebun getah kita tambah peruntukan, gaji elaun pejawat awam kita tambah. Naik ekonomi, saya janji kita tambah peruntukan mereka.


"Sekarang saya Menteri Kewangan, tengok fail, teruk. Kalau saudara tahu apa yang berlaku saudara tidak akan sokong mereka. Kalau tak tahu, dengar," katanya di hadapan kira kira 6,000 hadirin yang memenuhi padang Stargate, Alor Setar selepas hujan lebat.


Barisan pimpinan dan menteri berjanji akan mengembalikan kegemilangan Kedah

Sehubungan itu, Anwar menyeru agar rakyat Kedah tidak lagi termakan dengan fitnah yang dilemparkan oleh PN kononnya beliau menindas rakyat, zalim dan sebagainya.


Bagaimanapun, kata Anwar, sebanyak banyak tuduhan pemimpin PN tidak mampu menuduhnya mencuri harta rakyat. Bermakna tuduhan yang dileparkan itu hanyalah fitnah sehingga tidak keterlaluan, dan rakyat enggan percaya.


"Sebab itu di parlimen dia (pemimpin PN) tak berhujah banyak. Paling tidak, kalau saya bercakap dia lari. Di luar kata Anwar zalim, Anwar tindas rakyat. Tetapi satu perkara dia tak sebut, Anwar curi harta rakyat. Anwar curi balak, tanah. Saya syukur alhamdulilah, ramai rakyat dah mula buka mata (terhadap fitnah). Terutama anak muda.


"Allah beri kita fikiran maka nilai dan fikir. Bukan dengan benci, maki orang itu ini. Dakwah ini dengan baik. Bukan nak timbul benci," katanya.


10,000 ahli baharu mohon menyertai KEADILAN

Anwar turut menjelaskan mengenai sindirian bahawa beliau suatu ketika lawan Umno tetapi kini bersama dengan BN.


Katanya, pemerintahan bersama dalam Kerajaan Perpaduan dilaksanakan atas prinsip dan kerjasama yang disepakati bertujuan membela rakyat.


"Dia kata dulu lawan Umno sekarang kawan, saya kawan sebab apa? Pertama titah raja, kedua sama sama setuju kita pakat. Ada orang kata, dalam pakatan dengan Zahid nak letak dia sebagai TPM, tak betul.


"Dia letak syarat kita bincang, pertama tatakeloa baik, negeri diselamatkan, institusi negara teratur, tolak rasuah, penyelewengan," jelasnya.


Ahli Parlimen Tambun itu juga mendedahkan sikap PM sebelum ini yang tidak pernah bertemu tokoh perniagaan negara dan meminta syarikat besar milik mereka membantu rakyat susah. Sedangkan beliau bertemu taikun perniagaan untuk meminta diberikan bantuan kepada rakyat miskin.



Bas dua tingkat yang akan digunakan dalam kempen PRN dirasmikan

Tindakan itu, katanya adalah bukti jelas perbezaan beliau dan PM yang lain.


"Ekonomi tidak dibolot tauke besar. Itu yang saya jumpa Syed Mokhtar, mereka marah. Saya kata Bernas untung, boleh tak beri sikit kat pesawah padi.


"Itu beza, syarikat sama, PM silih berganti. Saya tanya kat Syed Mokhtar adakah PM sebelum ini bagi tau hang untung banyak boleh tak beri sikit kat pesawah? Dia kata tak. Habis depa (minta) buat apa? Dia minta untuk depa, saya bagi la.


"Saya kata jangan bagi sampai hang rugi, bagi hang untung tetapi bela pesawah padi. Berapa dia bagi RM60 juta.


"(Kemudian) untung satu tahun (Bernas) 30% bagi kat pesawah. Dulu (PM sebelum ini kata) bolehkah beri kat parti aku? Ini Anwar nak habaq bagi, kalau tak kenai, kenai malam ni," katanya lagi.

0 comments

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page