top of page

Sampai bilakah Nurul Izzah Anwar akan terus diserang si tukang fitnah?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 5 days ago
  • 2 min read

Nurul Izzah (tengah) suami dan ibunya tidak sewajarnya menjadi mangsa fitnah
Nurul Izzah (tengah) suami dan ibunya tidak sewajarnya menjadi mangsa fitnah

Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Serangan fitnah terhadap Nurul Izzah masih belum berkesudahan walaupun Pemilihan KEADILAN 2025 sudah dinoktahkan.


Ada sahaja fitnah dilemparkan kepada Nurul Izzah yang kini merupakan Timbalan Presiden KEADILAN yang baharu.


Sedihnya si tukang fitnah ini bukan sahaja menyerang Nurul Izzah di Malaysia tetapi juga dalam waktu Puteri Reformasi itu dan suami sedang menunaikan ibadat haji di tanah suci Mekah.


Si tukang fitnah menyebarkan berita kononnya Nurul Izzah pergi haji dengan pakej mewah.


Sebelum fitnah berlarutan Nurul Izzah mengambil langkah bijak dengan membuat pencerahan di Facebook pada Ahad lalu.


Dalam ulasan ini biarlah penulis menyiarkan penuh tulisan Nurul Izzah supaya boleh difahami oleh rakyat Malaysia terutama warga maya.


Kenyataan Nurul Izzah


‎السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّهِ وَبَرَكاتُهُ


Gambar pertama semasa pertemuan bersama saudara Muneeb di Madinah, bukan di Makkah.


Beliau berkongsi perkembangan terkini graduan Malaysia di Madinah.

Nurul dan suaminya bergambar kenangan
Nurul dan suaminya bergambar kenangan

Gambar kedua, tempat tinggal kami yang berdekatan dengan kawasan khemah warganegara Malaysia di Mina. Alhamdulillah.


Banyak hantaran dan mesej berkaitan fitnah telah dikirim kepada saya. Apabila ada sesuatu yang tidak benar tersebar begitu jauh dari hakikat sebenar, maka ia perlu diperbetulkan.


Syukur Alhamdulillah, saya dan suami berpeluang menunaikan ibadah haji sebagai tetamu Allah SWT, melalui visa mujamalah.


Urusan logistik, termasuk tempat tinggal dan pengangkutan, diatur oleh agensi pelancongan berlesen, Mimm Travel. Menaiki penerbangan komersial dan menggunakan wang simpanan sendiri.


Tiada jet peribadi


Tiada jet peribadi seperti yang di fitnah. Perjalanan dilakukan sama seperti jutaan jemaah haji yang lain.


Di Madinah, kami juga sempat menghadiri sesi ilmu bersama Sheikh Dr Omar Suleiman, Dr Tahir Wyatt, dan juga Ustaz Dr Mohd Amirul Hassan Ahmaf Tajuddin - suatu pengalaman yang sangat menyentuh hati.


Paling bermakna, dapat melaksanakan ibadah Haji bersama suami, khususnya di Arafah, tempat di mana Allah SWT menurunkan ayat ke-3, Surah al-Maidah yang memberitahu bahawa Allah SWT telah menyempurnakan agama kita.


Dalam kita berbeza pandangan dan bertarung dalam medan politik di dunia, jangan lah sehingga ibadah dijadikan sebagai bahan tohmahan dan fitnah.


Biarlah kita saling mendoakan, semoga Allah SWT mengurniakan rezeki dan peluang kepada lebih ramai umat Islam untuk menjadi tetamu-Nya – dalam keadaan yang dimudahkan, diterima amal, dan dijauhkan daripada fitnah manusia.


Eid Adha Mubarak.


‎تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَ مِنْكُمْ


Usah diganggu Nurul tunaikan haji


Pencerahan yang dibuat oleh Nurul Izzah inilah sepatutnya disebar atau ditular seluas-luasnya supaya fitnah tidak lagi berpanjangan.

Penulis - Noraini Nordin
Penulis - Noraini Nordin

Usahlah diganggu Nurul Izzah dan suami menunaikan ibadah haji. Kita doakan mereka dan seluruh umat Islam yang menunaikan haji dipermudahkan segala urusan dan berada dalam rahmat Allah s.w.t.


Sebaik Nurul Izzah pulang ke Malaysia tugas besar menanti beliau untuk memastikan KEADILAN diperkasa serta diperhebat sebagai persiapan pilihan raya negeri serta pilihan raya umum.


Yang sayangkan parti KEADILAN pasti mahu melihat parti kita terus teguh dan cemerlang. Pesanan penulis kepada kaki fitnah, berpada-padalah menyerang peribadi Nurul Izzah. Usahlah kerana Nurul Izzah anak PMX serangan kepada beliau dibuat tanpa batasan.


Berlaku adillah kepada Nurul Izzah yang telah dipilih sebagai Timbalan Presiden KEADILAN. Tidak salah kita berbeza pendapat atau pandangan, namun janganlah memfitnah hingga hilang kewarasan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page