Sampai bilakah lockdown, kes Covid 1,250 sehari perlu PKP hingga September?



Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengetengahkan strategi mampan menangani pandemik Covid 19, terutama tempoh masa sesuai 'mengurung' rakyat di rumah.


Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, cara PN menangani Covid sekarang tanpa perancangan yang jelas menyebabkan mereka tidak tahu sampai ke tahap mana kes positif harian mahu diturunkan, sebelum lockdown boleh dilonggarkan.


"Sekarang kita lihat unjuran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Maknanya kalau kita terus dengan keadaan sekarang, kita andaikan dengan PKP jumlah itu akan kurang. Tetapi adakah kita dengar PKP ini sambail bila? Dua minggu?


"Kalau kita dengar rencana mereka (kerajaan) adakan PKP 2 - 3 minggu, apakah strategi keluar dari Covid? Bagaimana nak turunkan jumlah 8,000 kepada 4,000? Ikut unjuran perlukan satu setengah bulan. Kalau perlu turun kepada 1,250 kes maka perlukan sampai September - Oktober.


"Pimpinan mesti beri penjelasan supaya kita tahu untuk apa PKP dan apa unjuran dan bila penyelesaiannya, yang boleh dipercayai," katanya dalam siaran langsung program Pasca Covid di Facebook, malam tadi.


Sebelum itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu muncul bersama gambar rajah menunjukkan perlunya ujian saringan Covid 19 diperbanyak kerana jangkitan telah mencapai ke tahap sporadik dan menyebar ke tengah-tengah rakyat.


Gambar rajah menunjukkan lebih banyak ujian maka kes positif Covid harian meningkat

Katanya, terbukti dengan ujian yang lebih banyak maka kes positif bertambah. Terdapat pengurangan ujian pada hari tertentu maka kes dikatakan turun dan terkawal tetapi hal itu mengelirukan rakyat.


"Kalau lihat setelah PKP 3.0, jumlah positif itu terus bertambah. Bukan bermakna sebut PKP jumlah terus terkawal. Saya sebut ini dengan angka.


"Pada 29 Mei jumlah ujian dilaporkan 126,480. Mei 29, yang positif 9,020. Mei 31 tak semena-mena turun (ujian) 40,000 dari 126,000 maka jumlah kes dikatakan kurang. Bila kita uji kurang, jumlah yang positif kurang, jangan kita gembar gemburkan kepada rakyat keadaan bertambah baik. Ini mengelirukan


"Misalannya 1 Jun, ujian 100,000 dan yang dikesan 7,000 positif. Berdasarkan kenyataan tersebut kalau kita gunakan jumlah 126,000 secara konsisten. Apa yang kita unjurkan, kes positif bertambah sehingga 7.6%. Maknanya 2 - 3 hari 7,000 - 8,000 kes positif yang sepatutnya.


"Kita harus tegas memastikan jumlah disaring ditahap yang tinggi," katanya.


Justeru, Pengerusi Pakatan Harapan itu mengingatkan angka minimum yang diberikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah 5% jangkitan sehari, sedangkan jangkitan di Malaysia melebihi had tersebut dan kerajaan perlu mengambil strategi yang lebih tersusun untuk mengatasi wabak.


Beliau juga berkata, WHO mengusulkan pertambahan ujian untuk mendapat data yang benar. Sebaliknya, di Malaysia apabila kes meningkat ujian lebih mendatar, padahal seperti mana disebutkan WHO bagi satu kes positif, perlu 10 - 30 saringan kontak rapat.


"Kes meningkat ujian lebih mendatar, padahal seperti mana disebutkan bagi satu kes positif perlu 10 - 30 ujian saringan," katanya.


Selain itu, Anwar juga kesal dengan kelemahan proses vaksinasi dan kesombongan pemimpin PN untuk mendengar pendapat pakar-pakar dalam menangani Covid.


Semua kebobrokan itu, katanya berakhir dengan gagalnya Malaysia melawan Covid 19 secara berkesan pada waktu negara-negara lain telah mula keluar daripada wabak maut berkenaan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
5304
64
8163
Total
657,508
3908
580,276

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
347,342
9,422
391,535
Total
176,420,883
3,811,183
158,674,643

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER