Rakyat tertanya-tanya sampai bilakah perlu dikurung Perintah Kawalan Pergerakan sedangkan wang simpanan mereka semakin susut dan dihalang keluar mencari rezeki.
ADUN Batu Uban, Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam berkata, penutupan ekonomi sehingga berbulan-bulan lamanya amat mengesankan rakyat.
Katanya, jumlah penduduk yang memohon bantuan bertambah dan berbaris panjang menunggu pusat khidmat beliau dibuka. Sesuatu yang tidak biasa dilihat ketika sebelum pandemik.
"Sebelum Pusat Khidmat DUN Batu Uban dibuka ramai yang sudah beratur untuk memohon bantuan.
"Setiap hari sekitar 40-50 orang dari umur 20-an sehingga warga emas berkunjung ke Pusat Khidmat dan mohon bantuan bakul makanan, bantuan kewangan, sewa tertunggak, ancaman daripada peminjam wang (Along), masalah stres dan macam - macam lagi.
"Saya sedih mendengar derita yang dialami oleh rakyat akibat daripada kegagalan pengurusan oleh kerajaan Perikatan Nasional ini
"Ramai yang hilang pendapatan dan dilanda kemurungan. Kes bunuh diri juga bertambah dan berpuluh juta rakyat Malaysia terus menderita serta terseksa secara berpanjangan tanpa penghujung. Sampai bilakah rakyat perlu dikurung dengan lockdown?" tanyanya.
Tambah Kumaresan, Bukan sahaja golongan B40 yang menderita tetapi kehidupan golongan M40 dan T20 juga semakin terkesan akibat daripada kegagalan kerajaan.
"Pendapat saya, PM dan Kerajaan yang gagal perlu ditukar segera. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pilihan terbaik sebagai PM," katanya lagi.
Comments