top of page

Sampai bila kelemahan pengurusan air Kelantan memangsakan rakyat?



Perkhidmatan air negeri Kelantan yang bermasalah sejak 1990an lalu tidak sewajarnya terus menerus memangsakan rakyat di negeri itu.


Bagi Ketua Penerangan KEADILAN Kelantan, Husin Deraman, Pas yang mentadbir negeri sepanjang 3 dekad tidak seharusnya membiarkan rakyat Kelantan terus dicatu atau mendapat bekalan air 'karat' hanya semata mata tidak mahu mengakui kelemahan mereka memantau Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) dalam melaksanakan tanggungjawab membekal air bersih.


Apatah lagi, katanya, hal itu diakui sendiri oleh pemimpin Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika menjawat Menteri berkaitan bekalan air.


"Punca kegagalan menyedia bekalan air yang mencukupi ini mula diberi perhatian pada 28 Julai 2022, apabila Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Air dan Alam Sekitar memaklum di parlimen masalah utama isu bekalan air di Kelantan adalah bertitik tolak daripada kelemahan tadbir urus dan kedudukan kewangan AKSB yang tidak mampan.

Husin Deraman

"Situasi ini diakui sama oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sekarang.


"Sehingga kini, terlampau banyak rungutan dan rintihan daripada rakyat Kelantan tentang isu bekalan air oleh AKSB ini," kata Husin dalam kenyataan.


Selain itu, katanya, rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan kewangan terpaksa menggali telaga atau melakukan kaedah boring dan mengepam air dalam bumi untuk kegunaan harian.


Manakala, rakyat yang berpendapatan rendah pula akan menunggu bantuan air dihantar oleh lori AKSB yang kadang kadang tidak mencukupi atau airnya tidak berkualiti untuk kegunaan mencuci pakaian, minuman dan mandi.


"Hal itu ditambah buruk pada musim panas ini. Masalah makin kritikal dengan bekalan air yang dihantar tidak mencukupi. Seolah-olah rakyat berada bukan di tahun 2023.


"Masalah bagi Kerajaan Negeri pula, Pelan Induk (2021- 2030) yang telah disediakan oleh AKSB dalam kerangka menyelesaikan masalah air di Kelantan baru bermula. Persoalannya, kenapa pada tahun 2021 baru pelan induk ini digerakkan?" tanyanya.


Lebih memburukkan keadaan, ujar Husin, di tengah tengah kelemahan AKSB itu tular dakwaan menyatakan syarikat tersebut membayar imbuhan Hari Raya Aidilfitri kepada lembaga pengarahnya sebanyak RM10,000 seorang.


"Rakyat menunggu kesahihan isu pembahagian wang bonus untuk Ahli Lembaga Pengarah (ALP) AKSB ini. Jika benar isu itu terjadi, ia amat memalukan berlaku kepada satu organisasi yang dilihat gagal dalam menyelesaikan tanggungjawab syarikatnya (tetapi memberi imbuhan).


"Kerajaan Negeri Kelantan perlulah memberi fokus serius tentang isu-isu ini demi kesejahteraan dan keharmonian rakyat," katanya.


Oleh yang demikian, tegas Husin, tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengumumannya bulan lalu untuk masuk campur memperbaiki perkhidmatan air Kelantan amatlah tepat dan dialu alukan.


Cuma, katanya, sebagaimana teguran Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, AKSB perlu memperbaiki pengurusan syarikat sebelum bantuan diberi perlu diambil berat.


Sekiranya tidak, dana berbilion yang disumbangkan tetap tidak akan membuahkan hasil memuaskan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page