'Sambutan rakyat dingin kerana kempen terhad'



Penerimaan rakyat Sarawak ke atas KEADILAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini agak dingin akibat tiada kempen besar sebagaimana PRN yang lalu.


Bagi Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor Mazli Saring, kempen terhad di kedai kedai dan sebilangan rumah penduduk tidak begitu berkesan kerana tidak banyak isu yang boleh diterangkan seperti dalam PRN yang lepas.


"Saya telah berada di Bumi Kenyalang ini dalam 12 hari. Dalam pengamatan saya hampir dua minggu di sini, proses PRN Sarawak berjalan agak lancar, cuma tiada kempen kempen seperti PRN yang lepas.


"Semua diadakan secara maya dan secara jumpa di kedai kedai atau rumah. Selama perjalanan kempen penerimaan rakyat Sarawak kepada KEADILAN agak dingin jika dibandingkan dengan PRN yang lalu," katanya.


Bagaimanapun, beliau tetap berharap rakyat Sarawak akan berubah menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 memandangkan tidak banyak kemajuan yang diberi oleh Kerajaan Negeri selepas PRN 2016 lalu, dan pastinya tidak akan diberi menjelang PRU akan datang.


"Walau bagaimanapun kami berharap kesedaran rakyat seterusnya menghadapi PRU 15 akan berubah (lebih baik).


"Sebab rakyat pun lihat di negeri Sarawak, bajet negeri yang paling banyak di Malaysia melebihi RM10 bilion (tetapi kemajuan hampir tiada). Dibandingkan negeri paling maju di Malaysia (Selangor hanya) RM2.3 bilion.


"Saya harap jentera pilihan raya KEADILAN di seluruh negara akan terus berusaha dan bekerja sehingga kita menang. Lawan tetap lawan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER