top of page

Sambutan kemerdekaan bukan sekadar mengenang, tetapi membina masa depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 2 min read

DS Amirudin menyampaikan Syarahan Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam
DS Amirudin menyampaikan Syarahan Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam

Kemerdekaan bukan sekadar mengenang masa lalu, tetapi sebagai landasan untuk membina masa depan 100 tahun usia Malaysia.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, sambutan kemerdekaan ke 100 negara yang akan disambut pada 2057 merupakan detik penting sejarah, menjadi simbol aspirasi rakyat Malaysia menuju sebuah bangsa yang berani, berilmu, berbudaya, dan berdaya saing dalam dunia multipolar.


"Saya mahu kita melonjakkan pandangan ke hadapan, membayangkan Malaysia selepas 100 tahun merdeka. Detik itu pasti lebih keramat, kerana dalam hela nafas sejarah itulah bangsa ini menentukan arah hidupnya," katanya dipetik ketika menyampaikan Syarahan Kebangsaan di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam, pada Jumaat.


Acara bersempena sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor itu dihadiri barisan kepimpinan negeri, penjawat awam, pemimpin masyarakat, wakil NGO serta mahasiswa.


Amirudin dalam syarahannya turut menegaskan, nikmat kemerdekaan yang dikecapi sejak 68 tahun lalu bukan hanya dikecapi rakyat di Semenanjung, tetapi asas penting kepada kemerdekaan Borneo yang seterusnya membawa kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.


"Justeru kita hari ini bukan sekadar mengenang perjuangan lalu, menghargai mereka yang membangunkan negara, yang merangka dasar asas kemerdekaan dan yang memulakan semangat kemerdekaan.


"Wajar juga hari ini kita mengangkat pandangan lebih jauh, membayangkan bagaimana rupa Malaysia dan Selangor pada ulang tahun ke-100 kemerdekaannya.


"Saya membayangkan 30 tahun akan datang, Selangor terus kekal menjadi penggerak ekonomi negara, menjadi sebuah negeri yang suaranya bukan hanya bergegar untuk menyatukan bangsa Malaysia, tetapi juga mampu menghidupkan negara-negara rantau sebagai sahabat-sahabat kita," tambahnya.


Menerusi ucapannya Amirudin menyeru rakyat terus menghayati konsep Rukun Negara sebagai asas perpaduan, keadilan, demokrasi, kemajuan ilmu dan keluhuran budaya bangsa.


"Masa depan negara ini adalah tanggungjawab bersama dalam memastikan Malaysia terus menjadi suara yang dihormati. Babak-babaknya masih ditulis oleh kita semua, daripada penjawat awam, warga akademia, kepimpinan negeri, hingga rakyat jelata," tegas beliau menerusi syarahan tersebut.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page