top of page

Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Pulau Pinang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 3
  • 1 min read
Hari Malaysia tahun ini diadakan di Pulau Pinang mengikut giliran. Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia
Hari Malaysia tahun ini diadakan di Pulau Pinang mengikut giliran. Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

Oleh: Akmal Manaf


Sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini akan berlangsung pada sebelah malam di Pusat Konvensyen PICCA@Arena, Butterworth, Pulau Pinang.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pada sebelah siang, akan diadakan majlis mengenang negarawan yang menelusuri sejarah serta kejayaan yang telah dicapai oleh Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, bertempat di Bertam.


''Program mengenang negarawan ini dikelolakan oleh Kementerian Perpaduan, manakala Program Hari Malaysia dipengerusikan oleh saya sendiri,'' katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.


Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi memaklumkan bahawa Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan terima kepada semua pihak yang terlibat menjayakan sambutan Kemerdekaan ke-68 tempoh hari ini.


''PM Anwar merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam penganjuran acara perbarisan termasuk para sukarelawan,'' ujarnya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page