Sambutan Hari Kebangsaan SMK Puchong kibar Jalur Gemilang gergasi
- Redzuan Shamsudin

- Aug 25, 2023
- 1 min read

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puchong yang berlangsung pagi tadi meriah
Ahli Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Danish Hairudin (gambar atas, dua dari kanan) yang dijemput menghadiri upacara perayaan tersebut berkata beliau teruja menyambut Hari Kebangsaan bersama murid murid di sekolah berkenaan.
"Seawal jam 7.30 pagi saya telah hadir ke SMK Puchong Permai bagi bersama-sama menyambut Sambutan Hari Kemerdekaan dan Pelancaran Jalur Gemilang Gergasi.
"Jalur Gemilang gergasi ini telah dibuat oleh warga SMK Puchong Permai dengan kerjasama MPP 14 MBSJ dan Balai Bomba Puchong.
"Tahniah kepada semua pihak yang telah menjayakan program yang cukup bermakna ini," katanya.





Comments