top of page

Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Selangor meriah



Bandar raya Shah Alam malam tadi digegarkan dengan laungan ‘merdeka’ oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan disambut lebih 10,000 pengunjung.


Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Peringkat Negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam berlangsung meriah dengan 66 kontinjen menyertai acara perarakan sebagai simbolik ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-66.


Selain itu, sebanyak 11 persembahan termasuk pertunjukan bunga api sebagai acara kemuncak disajikan kepada ribuan pengunjung yang membanjiri dataran itu bagi menunjukkan manifestasi patriotisme mereka terhadap negara.


Amirudin dalam ucapannya berkata, kemakmuran dan pembangunan negara khususnya di Selangor yang dicapai saban tahun tidak wajar diperjudikan melalui kritikan sehingga membawa kehancuran.


"Hikayat Hang Tuah juga mengajar kita bahawa cekalnya menjadi bendahara. Meniti di antara kesetiaan dan kemakmuran rakyat.


"Betapa liciknya bendahara kerana menyembunyikan Hang Tuah. Betapa beraninya Bendahara ‘derhaka’ akan perintah Sultan Mansur Syah demi kemaslahatan rakyat, negeri hatta demi kebaikan tuanku Sultan Melaka itu sendiri.


"Ia juga mengajar kita bahawa kritikan adalah dibenarkan, namun cara Jebat adalah salah. Sebarang Ketertiban kritikan bukan dengan kegilaan Jebat.


"Mengganggu-gugat keamanan negara sama sekali tidak ditolak ansur. Kegilaan, melampaui batas, radikalisme Jebat tidak boleh menjadi pegangan," katanya dipetik.


Dalam ucapan sama, beliau turut menyentuh falsafah ahli sejarah Inggeris, R. G. Collingwood yang memandu pemahaman sejarah dan menafikan dakwaan-dakwaan bahawa ia akan berulang.


"Collingwood mengkritik sikap sembrono mahu menggunakan kaedah saintifik terhadap sejarah dan beranggapan bahawa sejarah pastinya akan berulang seakan-akan suatu kitaran.

"Menekuni R.G Collingwood mengingatkan saya kepada Karl Popper dalam The Poverty of Historicism dan karya-karya Ibnu Khaldun.


"Mengapakah ia penting untuk diperkatakan terutama ketika menyambut Hari Kemerdekaan? Kerana mereka ini berlapang dada dan berjiwa besar," jelasnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page