top of page

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Putrajaya penuh kehormatan, patriotisme

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 31
  • 1 min read

Perarakan bermula dengan kontigen Angkatan Tentera Malaysia membawa Jalur Gemilang raksaksa
Perarakan bermula dengan kontigen Angkatan Tentera Malaysia membawa Jalur Gemilang raksaksa

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Dataran Putrajaya hari ini berlangsung dengan penuh kehormatan dan semangat patriotisme dihadiri pelbagai kaum dan lapisan usia yang berhimpun sejak awal pagi.


Tema tahun ini 'Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni' memperkukuh perpaduan nasional merentasi kepelbagaian budaya dan latar masyarakat.

Agong Sultan Ibrahim memberi tabik hormat
Agong Sultan Ibrahim memberi tabik hormat

Upacara sambutan dimulakan sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan Jemaah Menteri.


Acara dimulakan dengan istiadat ketenteraan, diikuti persembahan pentas serta perarakan warna-warni melibatkan 81 kontinjen, 14,062 peserta, 21 pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset darat dan udara serta 116 haiwan perkhidmatan awam.


Sambutan tahun ini dimeriahkan dengan persembahan khas Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendendangkan lagu tema tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni.


Kemudian dilengkapi acara perarakan pelbagai kontigen termasuk yang menjadi tumpuan Kontinjen Kepengerusian ASEAN yang diselaraskan Kementerian Luar dengan penglibatan wakil kedutaan negara-negara ASEAN serta Timor-Leste, melambangkan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.


Kontinjen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya pula menampilkan persembahan beca berhias, flora dan fauna, busana etnik serta alunan muzik tradisional sebagai simbol kesiapsiagaan menyambut pelancong antarabangsa.


Sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menampilkan aksi pesawat pejuang Su-30MKM, sebelum acara ditutup dengan persembahan kebudayaan “Citra MADANI” anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page