Sambutan Bulan Merdeka Wanita Perpaduan Ampang yang diadakan di parlimen Ampang semalam meraikan tokoh kaum wanita tempatan yang aktif berjuang dalam lapangan masing-masing terutama di kawasan berkenaan.
Menurut Ahli Parlimen Ampang, Rodzial Ismail, terdapat hikmah yang besar pada hari kemerdekaan tahun ini apabila BN yang memperjuangkan kemerdekaan negara dari penjajah British dan Pakatan Harapan yang memperjuangkan kemerdekaan rakyat dari kapitalis dan oligarki bersatu membentuk kerajaan.
"Merdeka itu satu nikmat yang perlu dipertahankan. Antara nikmat yang kita rasai sekarang selepas kemerdekaan ialah nikmat tidak dikongkong, nikmat tidak takut, nikmat rasa bebas untuk berfikir malah nikmat rasa selamat," katanya dalam majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Parlimen Ampang.
Majlis itu turut memberi penghargaan kepada 6 tokoh antaranya Pn Che Lat Mat, Pn Norsiah Janor, Hjh Fatimah Md Noor, Hjh Khalijah Mat, Puan Azian Ariffin dan Puan Siti Zanirah Nasohah.
Tambah Rodziah, mereka yang diberi anugerah itu bergiat aktif membantu masyarakat
"Mereka bergiat aktif melaksanakan program-program kemasyarakatan dan menyumbang tenaga sejak usia muda.
"Terima kasih pimpinan-pimpinan masyarakat juga yang turut hadir meraikan wanita-wanita Ampang yang bergiat aktif dalam menjadi relawan.
"Semoga kita semua dapat mengekalkan kesejahteraan dan nikmat ini demi perpaduan serta keharmonian rakyat Malaysia," kata Rodziah lagi.
Comments