top of page

Sambut raya di Kelantan, masalah masih sama - Dr Agus



Menyambut Hari Raya Aidilfitri di Kelantan bagi anak rantau yang bekerja di Kuala Lumpur sering kali merasai pengalaman pertembungan antara dua nilai kehidupan yang amat berbeza.


Anak Kelantan yang bekerja di kota besar seperti di Kuala Lumpur, Johor Bahru atau Pulau Pinang akan merasai kekurangan yang menyolok mata di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.


Hal itulah yang dirasai selama berpuluh oleh Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff setiap kali balik kampung ke daerah kelahirannya di Machang, Kelantan.


Tahun ini Dr Agus terkilan kerana keadaan kebersihan dan bekalan air bersih di Kelantan masih ditakuk lama biar pun Pas yang memerintah negeri itu sejak 3 dekad lalu pernah menjadi kerajaan pusat selama 3 tahun pada 2020 - 2022.


"Balik Kelantan sambut Raya. Tiga perkara yang merimaskan.


"Airnya perlahan dan kualitinya teruk. Jalannya sempit dan berlubang. Sampah berlonggok di merata tempat dan kotor.


"Aduhhhh, negeriku. Masalah ini berulang setiap Raya. Semoga boleh berubah," katanya dalam catatan di Facebook.


Dr Agus turut membandingkan negeri asalnya dengan Pulau Pinang yang 3 penggal ditadbir Pakatan Harapan. Beliau berharap Kelantan akan mengikut jejak langkah negeri maju itu.


"Sekejap lagi bertolak ke Pulau Pinang. Nikmati kelainan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page