top of page

Sambung 'lockdown', rakyat perlu lebih bantuan - AMK Pulai


Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 atau lockdown yang disambung sehingga 28 Jun 2021 memerlukan kerajaan memberi lebih bantuan kepada rakyat.


Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulai, Faezuddin Puad, banyak pihak khususnya rakyat golongan B40 akan terputus pendapatan kerana tak boleh berkerja dan perniagaan ditutup.


Oleh itu, AMK Pulai katanya, mengambil inisiatif membantu rakyat di sana.


"Jadi, saya bersama AMK Cabang Pulai dan dibantu oleh saudara Ravi yang juga merupakan anggota Cabang Pulai turun padang menyantuni warga Banjaran Kempas dengan mengedarkan bantuan bekalan makanan.


"Sebagai pembangkang, kita tiada peruntukan tapi tak bermaksud kita hanya berpeluk tubuh lihat orang susah. Tetap kena usahakan sesuatu dan sehabis baik demi membantu masyarakat.


"Kepada insan yang baik hati di luar sana, serkiranya anda ingin menghulurkan bantuan, boleh hubungi saya. InshaAllah kita terima apa sahaja bentuk bantuan yang akan dapat meringankan beban rakyat," katanya.


Penyelaras KEADILAN DUN Kempas itu berkata, pihak yang ingin menyumbangkan bantuan boleh menderma ke akaun Maybank 551128634410, Parti Keadilan Rakyat Cabang Pulai.


Katanya, sumbangan akan diagihkan kepada masyarakat di Parlimen Pulai.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page