top of page

Saman Shahril Shamsuddin: Peluang dedahkan hal terperinci di makhkamah - Rafizi



Saman daripada Tan Sri Shahril Shamsuddin, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy Berhad (SEB) tidak akan menghentikan usaha Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dalam perjuangan menlindungi dana rakyat daripada digunakan untuk menyelematkan syarikat bermasalah.


Menurut Rafizi, sebaliknya peluang ke mahkamah itu akan digunakan beliau untuk mendedahkan lebih banyak fakta yang tidak mengharuskan kerajaan menerima begitu sahaja idea bekas PM Najib Razak untuk menyelamatkan SEB.


"Saya telah mengambil pendirian mempertahankan kenyataan-kenyataan saya di mahkamah kerana kenyataan-kenyataan tersebut adalah untuk melindungi kepentingan awam.


"Sejak 2010, saya telah melalui 14 kes di mahkamah dari Mahkamah Sesyen hingga ke Mahkamah Persekutuan demi mempertahankan wang rakyat.


"Sebahagian besar dari kes-kes itu bersabit skandal kewangan besar negara seperti National Feedlot Corporation (NFC), 1MDB, Majlis Amanah Rakyat, Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).


"Setakat ini, saya menang kesemua kes saman. Dalam proses mahkamah itu, rakyat dapat menilai sendiri butiran terperinci yang menjadi latar belakang setiap skandal kewangan tersebut," kata Rafizi dalam satu kenyataan.


Kali ini Rafizi akan diwakili oleh firma guaman yang sama sejak 11 tahun lalu Tetuan Ranjit Singh & Yeoh, yang begitu cemerlang memberi kemenangan kepada setiap kes menyangkut dirinya di mahkamah.


Menurut Rafizi lagi, kes saman Shahril Shamsuddin itu akan menjadi titik mula dalam usahanya untuk memastikan pelaburan rakyat melalui institusi pelaburan awam seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP), Lembaga Tabung Haji (TH) dan lain-lain memenuhi mutu piawai urus tadbir untuk pelaburan awam.


"Dalam struktur ekonomi yang melibatkan banyak pelaburan dana rakyat di dalam syarikat-syarikat swasta senaraian awam, kerangka urus tadbir pelaburan awam mestilah lebih ketat untuk mengelakkan dana simpanan rakyat kerugian apabila syarikat-syarikat ini mengalami kerugian besar.


"Kebelakangan ini, pelaburan rakyat mengalami kerugian akibat masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat-syarikat seperti Serba Dinamik Berhad dan Sapura Energy Berhad.


"Walaupun syarikat-syarikat ini secara rasminya adalah syarikat swasta yang dikawal secara majoriti oleh pemegang-pemegang saham individu, kerugian mendadak yang dialami telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat," katanya.


Rafizi juga merasa sedikit teruja apabila kembalinya beliau ke arena politik disambut saman Shahril Shamsuddin.


Kes itu katanya, menyuntik semangat kepada beliau untuk melindungi dana rakyat seperti sebelum ini, biar pun terpaksa berdepan dengan lebih banyak kes mahkamah yang akan dibawa.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page