top of page

Saman pemula: Mengapa Waytha tidak bantah pengampunan Anwar 2018?

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 14
  • 1 min read

ree

Oleh: Akmal Manaf


Naib Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Vijeyndran Ravichadran (gambar) menggesa P Waytha Moorthy agar menarik balik kenyataan songsang berkenaan status Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus berhenti mengelirukan rakyat.


Vijeyndran berkata, semua pihak juga diseru untuk tidak terpengaruh dengan tafsiran peribadi beliau yang didakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan sejarah amalan pelantikan pimpinan negara.


"Undang-undang tidak boleh dijadikan alat politik dan prinsip kebenaran mesti diutamakan mengatasi agenda individu.


"Saya mengecam keras tindakan Waytha Moorthy yang memfailkan saman untuk melucutkan kelayakan Perdana Menteri (PM) Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun kononnya atas alasan Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan.


"Tafsiran beliau jelas salah. Artikel 48(1) dan 48(3) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pengampunan penuh oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) menghapuskan segala bentuk hilang kelayakan.


"Dalam kes PM Anwar, pengampunan penuh telah diberikan pada 16 Mei 2018 sekali gus membolehkan beliau bertanding dalam PRU, PRN atau PRK secara sah di sisi undang-undang," jelas beliau dalam satu kenyataan.


Dalam kenyataan sama, Vijeyndran turut mengimbas kembali pembabitan Waytha dalam Kabinet ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini yang telah mencadangkan pengampunan kepada Anwar.


Beliau tertanya tanya mengapakah pada waktu itu Waytha tidak bersuara atau menegur proses pengampunan tersebut pada 2018.


"Hipokrasi Waytha terserlah. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Integrasi) di bawah pentadbiran Dr Mahathir yang menerajui Kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu kerajaan yang mengusulkan pengampunan penuh kepada Anwar.


"Ketika itu, beliau tidak pernah mempersoalkan keabsahan pengampunan tersebut, malah berdiam diri walaupun memegang jawatan tinggi dalam kerajaan," tempelak beliau.


Vijeyndran menyifatkan, tindakan Waytha hari ini hanyalah menonjolkan motif politik sempit dan cubaan meraih publisiti murahan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page