top of page

Saman MP Jasin, Harakah Daily demi pertahan maruah - Fadhlina



Oleh: Noraini Nordin


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan tindakan beliau menyaman Ahli Parlimen (MP) Jasin dan Harakah Daily adalah untuk memelihara maruah serta membersihkan fitnah daripada terus tersebar.


"Sehingga kini tiada usaha untuk meminta maaf atau menjelaskan perkara sebenar dari pihak yang menuduh," kata Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu hari ini.


Menurut Fadhlina, sebelum ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM ) telah mengeluarkan pekeliling awal dan jelas menyatakan tiada langsung arahan melarang laungan takbir atau qunut nazilah dalam program Minggu Solidariti Palestin di sekolah-sekolah di bawah kementerian.


Katanya, pekeliling itu jelas tidak menolak takbir atau doa dibacakan dalam acara berkenaan.


"Saya juga orang Islam, saya tahu apa situasi terbaik untuk muslim. Melabelkan saya (sebagaimana tersiar) sebagai munafik secara terbuka adalah suatu perbuatan yang tidak wajar," jelas beliau.


Kata Fadhlina, beliau sendiri telah turun menyertai Minggu Solidariti Palestin yang jelas bertakbir dan membaca qunut nazilah.


"Ini jelas tuduhan itu cukup berat dan ia sangat tidak bertanggungjawab untuk meletakkan nilai agama saya luar sisi Islam," katanya.


Tegas beliau, banyak lagi bukti yang menunjukkan murid sekolah bertakbir, membaca qunut nazilah, menggunakan bendera Palestin dan sebagainya selaras kesesuaian aktiviti di sekolah tersebut.


"Jadi saya harus tampil membersihkan nama saya yang dilihat menjadi modal politik mereka tanpa asas.


"Walaupun telah dijelaskan berkali-kali yang KPM tidak mengeluarkan arahan menghalang takbir dan qunut nazilah namun fitnah ini terus tersebar (di media sosial)," katanya.


Menurut Fadhlina lagi, budaya politik fitnah sejak kebelakangan ini amat merbahaya dan mampu merosakkan bangsa serta negara.


Terutama, katanya, Ahli Parlimen yang mempunyai peluang untuk bertanya secara langsung kepada beliau di Dewan Rakyat mengenai program yang dijalankan tetapi tidak berbuat demikian.


"Dalam banyak-banyak orang bercakap kononnya wujud larangan takbir dan qunut nazilah ini, kita saman Ahli Parlimen (Jasin). Kenapa?


"Sebab beliau memiliki floor untuk bertanya di dalam dewan, bukannya bercakap di luar tanpa usul periksa untuk mempertikaikan akidah," jelasnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page