top of page

Saman fitnah: Penceramah bebas diarah fail pembelaan



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis mengarahkan seorang penceramah bebas memfailkan pernyataan pembelaan bagi menjawab saman fitnah dikemukakan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil terhadapnya.


Ahmad Dusuki Abd Rani diarahkan berbuat begitu selewat-lewatnya 20 Oktober ini.


Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili Fahmi dipetik laporan media berkata, mahkamah turut menetapkan 27 November ini untuk pengurusan kes selanjutnya.


"Writ dan tuntutan saman telah diserahkan kepada defendan (Dusuki) dan memorandum kehadiran telah difailkan oleh defendan menerusi peguamnya dari Tetuan Srihana Mohamad & Partners," kata Asheeq Ali selepas pengurusan kes secara e-Review di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Nur Shasha Hidayah Nor Azahar semalam.


Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi KEADILAN selaku plaintif memfailkan saman terhadap Dusuki pada 5 September lalu atas dakwaan memfitnah kononnya beliau memberikan ceramah politik di sebuah masjid di Rawang, Selangor.

Tegasnya, kenyataan fitnah itu dibuat bertujuan memburukkan namanya dan digunakan demi mendapatkan publisiti murahan atau mewujudkan sensasi dalam arena politik negara selain menjejaskan reputasinya sebagai Ahli Parlimen dan menteri Kabinet.


Pihak Majlis Agama Islam Selangor baru-baru ini telah menegaskan, hasil siasatan mendapati Fahmi sama sekali tidak memberikan ucapan berbaur politik seperti mana yang difitnah oleh defendan.


Beliau sebaliknya menjelaskan tindakan mengharamkan kumpulan muzik The 1975 setelah diminta oleh ahli jawatankuasa masjid ketika singgah solat di Masjid berkenaan.


Selain Ahmad Dasuki, Fahmi turut memfailkan satu lagi kes saman serupa terhadap pemilik akaun Facebook “N13 Kuang”, Mohd Fauzan Madzlan membabitkan isu sama dan difahamkan proses tuntutan sedang dibuat pasukan peguam.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page