top of page

Saman fitnah Anwar: Mahkamah arah sanusi fail pembelaan



Saman fitnah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Mohd Noor berjalan pada peringat pengurusan kes.


Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini mengarahkan Sanusi Md Nor untuk memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman ke atasnya sebelum 13 Februari ini.


Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan hal itu semasa menghadiri prosiding dalam kamar.


"Mahkamah mengarahkan defendan (Sanusi) memfailkan pembelaannya selewat-lewatnya 13 Februari, dan plaintif pula untuk memfailkan jawapannya kepada pihak pembelaan selewat-lewatnya 13 Mac.


"Pengurusan kes seterusnya ditetapkan pada 20 Mac melalui e-semakan di hadapan penolong pendaftar (Mahkamah Tinggi) untuk kemas kini status," katanya dipetik Malaysiakini.


Anwar sebelum ini mengeluarkan surat tuntutan meminta ganti rugi daripada Sanusi atas dakwaan memfitnahnya pada 13 November lalu ketika berkempen untuk calon Perikatan Nasional (PN), Ahmad Faizal Azumu di parlimen Tambun.


Menurut salinan pernyataan tuntutan saman itu, kenyataan yang didakwa berunsur fitnah itu disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook bernama “Faizal Azumu”.


Anwar mendakwa kenyataan itu adalah fitnah, palsu dan memperlekehkan dirinya.


Anwar mendakwa kenyataan itu antara lain membayangkan dirinya bukan seorang Muslim yang baik dan menyalahgunakan kuasa untuk mendapatkan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.


Pada 2018, plaintif telah diberikan pengampunan diraja berhubung penghakiman mahkamah yang dijatuhkan ke atasnya.


Sanusi diwakili oleh peguam Adam Luqman Amdan semasa pengurusan kes di hadapan Penolong Pendaftar VK Neethiya Nair.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page