Saman ekzos bising: Kenapa pembekal, pengedar alat ganti tidak diambil tindakan?



Tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memperkenalkan saman ke atas penunggang motorsikal yang mengubahsuai ekzos mulai 1 Mac 2021 mendapat kritikan keras komuniti bermotosikal.


Biarpun Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong kemudiannya mengumumkan, hanya tindakan advokasi dikenakan ke atas penunggang namun rakyat masih tidak berpuas hati kerana lambat laun tindakan saman mungkin akan dikenakan.


Bagi Jurucakap Digital, Telekomunikasi dan Pengangkutan KEADILAN, Syed Ibrahim Syed Noh, kerajaan PN seharusnya mengambil pendekatan yang lebih cermat dalam menangani isu bunyi ekzos tersebut dengan tidak hanya meletakkan kesalahan dibahu pengguna.


"Wujud persoalan berkenaan tindakan saman dan sita ini kerana ia kelihatan tidak menyeluruh dan tidak cermat. Persoalan timbul apabila tindakan hanya dikenakan kepada penunggang motosikal yang mengubah suai ekzos tetapi tidak kepada pembekal, penjual dan pihak yang menawarkan perkhidmatan mengubah suai ekzos. Sekiranya pengubahsuaian melanggar undang-undang, mengapa duti import alat ganti ini masih dikutip?


"Tambahan lagi, pengumuman yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan semalam menunjukkan bahawa penguatkuasaan tindakan ini tidak diberi penelitian sewajarnya.


"Sudah berkali-kali kerajaan PN menunjukkan kelemahan dan kecuaian dalam pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang. Dalam banyak waktu dan keadaan, kelihatan kerajaan lebih berminat untuk laksana dahulu dan teliti kemudian. Tunggu nasi menjadi bubur," kritik Syed Ibrahim satu kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, Ahli Parlimen Ledang itu berpendapat kerajaan perlu berkonsultasi dengan pengguna motorsikal sebelum sesuatu tindakan diambil pada masa hadapan.


Lebih-lebih lagi, katanya, rakyat tidak pernah diberitahu mengenai had bunyi yang dibenarkan dalam membeli alat ganti sekiranya ekzos sedia ada mengalami kerosakan. Semua tergantung kepada nasihat mekanik tetapi yang dikenakan tindakan undang-undang adalah pemilik motorsikal .


"Selaku wakil kepada rakyat, termasuk komuniti bermotosikal, saya menggesa agar kerajaan tampil dengan perancangan serta pelaksanaan yang lebih kemas dan bersesuaian dalam perkara ini. Niat murni membawa ketenteraman kepada awam wajar disusulkan dengan tindakan yang tidak menyukar dan mengelirukan rakyat.


"Kementerian Pengangkutan boleh mendapatkan pandangan dan cadangan daripada komuniti bermotosikal terlebih dahulu. Sebagai contoh, ada yang mencadangkan agar kerajaan menyediakan perkhidmatan menguji motosikal bagi melihat adakah ia masih dalam lingkungan undang-undang dan sijil diberikan kepada motosikal yang mematuhi had undang-undang.


"Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan wajar mengeluarkan panduan yang lengkap dan jelas terkait undang-undang dalam perkara ini agar pendidikan kepada masyarakat juga perlu dilakukan," katanya.


Bagaimanapun, Syed Ibrahim tetap menyambut baik usaha pihak polis untuk mengawal pencemaran bunyi ekzos, terutama ke atas anak muda yang tidak bertanggungjawab yang sengaja menambah kebisingan bunyi ekzos motorsikal.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER