top of page

Saman cabar keabsahan PM penyalahgunaan proses mahkamah - Faiz

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 17
  • 2 min read

ree

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan tindakan pihak pembangkang menyokong saman mencabar keabsahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai satu bentuk penyalahgunaan proses mahkamah (abuse of process).


Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (gambar), berkata saman tersebut jelas menunjukkan Perikatan Nasional (PN) tidak memiliki majoriti Ahli Parlimen untuk mengusulkan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.


"Saman mencabar keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ahli Parlimen dan Perdana Menteri (PM) membuktikan PN dan pembangkang tiada sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap PM.


"Didorong kegagalan mendapat sokongan majoriti ini menyebabkan mereka menyokong pemfailan saman tersebut," katanya dalam kenyataan.


Beliau turut menegaskan kenyataan pemimpin seperti Rafique Rashid (Pejuang) dan P Ramasamy (Urimai) yang mendakwa saman itu sah kerana menggunakan saluran mahkamah hanyalah alasan remeh.


"Jangan lupa kepada istilah salah guna proses mahkamah (abuse of the process of court) kerana saman tersebut difailkan setelah 3 tahun pilihan raya umum berlalu.


"Usia kerajaan Madani yang dibentuk melalui perlantikan Anwar Ibrahim sebagai PM juga sudah menjangkau 3 tahun, tetapi masih mengungkit tentang kesahihannya.


"Sungguhpun prinsip undang-undang sudah jelas bahawa perlantikan PM adalah kuasa mutlak Yang Di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, sebab itu tindakan saman tersebut merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah," tegasnya yang juga seorang pengamai undang undang.


Faiz turut menyifatkan tindakan pembangkang sebagai regresif kerana tidak membawa idea baharu untuk rakyat, sebaliknya terus menunggang isu keabsahan Perdana Menteri yang tidak berguna sama sekali untuk kebajikan rakyat.


"Ketika PH menjadi pembangkang, PH mampu menyediakan belanjawan bayangan dan melontarkan pelbagai idea dan formula penyelesaian isu ekonomi dan rakyat, tetapi PN gagal berbuat demikian.


"Ketika mana kerajaan sedang membentangkan RMK-13, PN sibuk menunggang isu keabsahan PM. Ia satu tindakan yang regresif dan ibarat sebuah tin kosong," ujarnya.


Menurut Faiz, pembangkang wajar menumpukan kepada politik matang dan konstruktif, bukan mengheret rakyat dengan isu basi yang telah pun diselesaikan melalui proses Perlembagaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page