top of page

Samakan Pulau Pinang dengan Zionis, cerminan wajah sebenar Pas



Tuduhan Pas menyamakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan rejim Zionis adalah satu penghinaan kepada perjuangan pembebasan umat Islam Palestin, kata Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munin.


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia itu berkata demikian bagi mengulas artikel di media sosial Pas yang menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin.


Muhammad Kamil menambah, hasutan terbuka seperti itu mencerminkan wajah sebenar parti itu yang memainkan naratif memecahbelahkan masyarakat majmuk dan mencetuskan ketegangan agama bagi tujuan politik.


"Bagi Pas, tatkala mereka tidak berkuasa dalam pentadbiran Pulau Pinang, segala tindak-tanduk Kerajaan Negeri adalah permusuhan kepada agama Islam dan orang Melayu.


"Hal yang sama berlaku apabila Pas juga melabelkan Kerajaan Persekutuan ketika ini dikendalikan oleh golongan tak bermoral dan dikelilingi ‘syaitan bisu’ untuk menterjemah naratif "dikuasai oleh kerajaan yang didominasi oleh bukan Islam"," katanya dalam satu kenyataan itu.


Pas melalui artikel disiarkan membangkitkan bagaimana Israel menguasai tanah Palestin dari 1.5% pada 1918 sehinggalah rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.


Artikel itu mendakwa kajian pada 2010 mendapati pemilikan tanah orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 27 peratus.


Parti itu mendakwa Pulau Pinang membuat “rampasan secara sistematik” dalam mengambil alih pemilikan dan menguasai kawasan yang asalnya majoriti Melayu-Islam.


"Dakwaan penyingkiran bersistem masyarakat Melayu di Pulau Pinang ini adalah satu provokasi kepada 18 Pegawai Pengurusan Tertinggi Melayu dan India di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang yang berada di dalam ‘sistem’.


"Hak Terhadap Harta boleh dirujuk pada Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Terdapat 2 subseksyen dibawah Perkara 13 Perlembagaan ini iaitu Perkara 13(1) dan Perkara 13(2).


"Perkara 13(1) menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.


"Perkara 13(2) pula menyatakan dengan jelas iaitu tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai," katanya.


Muhammad Kamil juga menegaskan kajian Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk secara terang-terangan menyatakan bahawa pengurangan pemilikan tanah tersebut adalah disebabkan orang Melayu sendiri menjualnya kepada bangsa lain.


"Kajian serupa dirujuk oleh Pas. Bermaksud, tidak ada sistem di bawah Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan paksaan kepada sesiapa.


"Bagaimanakah sistem rampasan yang cuba didoktrin oleh Pas berlaku, selain niat jahat mereka untuk menimbulkan kebencian Melayu kepada bangsa lain?


"Ini bukan kali pertama sentimen dengan pengulangan retorik ‘tidak mustahil’, ‘agaknya’. ‘nampak kecil’, dan ‘jika’ dalam penulisan spekulatif Pas yang memandang rendah kepada keupayaan rakyat Malaysia untuk berfikir dan memperkecil kehendak rakyat kepada keharmonian.


"Adakah untuk menjadi lebih gah dari syaitan bisu, Pas memilih untuk menjadi syaitan yang bercakap?' soalnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page