top of page

Sama-sama bertanggungjawab tangani Covid-19


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru orang ramai supaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam menangani wabak Covid-19.


Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, beliau berkata demikian kerana bimbang dengan peningkatan kes sejak kebelakangan ini.


"Kita melihat hari-hari kes Covid-19 meningkat, wabak ini makin runsing nak menangani masalah bersama. Kes naik 6,000 lebih, ICU sesak, tak cukup tempat.


"Yang meninggal dunia ramai sampai tidak ada tempat letak jenazah dan terpaksa letak dalam kontena.


"Jadi sama-samalah kita bertanggungjawab mengambil inisiatif untuk menjaga SOP, jaga kebersihan, jaga jarak, pakai topeng muka, duduk rumah dan tidak perlu keluar," katanya.


Pada masa sama, beliau selaku Ahli Parlimen Pandan meminta orang ramai supaya berhati-hati untuk tidak menjangkiti mereka yang tersayang.


"Mari sama-sama kita menangani masalah wabak, bukan sahaja jaga kita tapi juga jaga orang lain supaya tidak berjangkit. Laksanakan disiplin kendiri ini dan menjaga orang tersayang demi masa depan supaya wabak ini tidak lagi berterusan.


"Kita doakan supaya Allah berikan perlindungan dan doakan mereka yang meninggal itu dicucuri rahmat.


"Saya mohon sangat-sangat, mari kita sama-sama melandaikan lekuk Covid-19," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page