top of page

Salurkan RM1 bilion ‘Projek Khas’ PM ke Akaun Amanah Bencana Covid-19


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya dana RM1 bilion yang diperuntukkan di bawah Projek Khas dalam Belanjawan 2021 disalurkan ke Akaun Amanah Bencana Covid-19.


Beliau berkata, peruntukan itu jauh lebih besar berbanding jumlah keseluruhan pemotongan gaji tiga bulan ahli-ahli Parlimen.


"Saya menggesa Perdana Menteri agar menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan satu Ordinan Darurat bagi memperuntuk semula peruntukan khas Perdana Menteri berjumlah RM1 bilion dari Belanjawan 2021 di bawah tajuk ‘Projek Khas’ (Maksud Pembangunan 6, Butiran 93500, Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2021) untuk disalurkan secara terus ke dalam Akaun Amanah Bencana ini.


"Jumlah RM1 bilion ini jauh lebih besar berbanding elaun 3 bulan bagi 220 orang Ahli Parlimen (dianggarkan dalam RM16.5 juta), dan akan dapat digunakan segera untuk menangani pandemik ini," katanya.


Pada masa sama, Fahmi berpendapat, walaupun Perdana Menteri, jemaah Menteri dan Timbalan-Timbalan Menteri tidak mengambil gaji selama 3 bulan untuk tabung itu, mereka masih mendapat pelbagai jenis elaun seperti biasa.


"Seperti yang dikritik Majlis Presiden Pakatan Harapan malah juga Timbalan Presiden UMNO, pengumuman tersebut tidak bermakna elaun Ahli Parlimen dan peruntukan-peruntukan khas Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri juga disalurkan ke dalam akaun tersebut. Ini satu perkara yang perlu dijelaskan Perdana Menteri.


"Kedua, wujud pandangan yang berkata Ahli-Ahli Parlimen termasuk dari kalangan pembangkang juga patut menyalurkan elaun mereka ke dalam akaun yang sama," katanya.


Bagaimanapun, beliau bersedia menyumbang elaun ahli Parlimen kepada Akaun Amanah Bencana dengan syarat Parlimen dibuka serta-merta.


"Proses semak imbang yang telah tempang sejak Parlimen ‘dibekukan’ enam bulan lalu perlu dihidupkan semula, terutama dalam keadaan krisis pandemik yang berlarutan ini.


"Jika Parlimen bersidang, pelbagai soalan yang bermain di fikiran rakyat akan dapat dijawab dengan segera dan jelas.


"Contohnya, berapa sebenarnya yang telah dibelanja untuk membangunkan laman web pendaftaran AstraZeneca, dan mengapa laman web tersebut gagal pada saat paling kritikal baru-baru ini?" katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page