top of page

Saluran gas di N Sembilan berada dalam keadaan baik - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Sembilan berusaha sebaiknya dalam memastikan semua saluran paip gas berhampiran kawasan perumahan dan industri berada dalam keadaan baik.


Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan negeri, J Arul Kumar berkata, bagi memastikan keselamatan semua pihak, Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa memantau dan meninjau semua saluran paip gas berkenaan.


"Untuk kawasan sedia ada kami akan meminta syarikat kepunyaan laluan gas ini seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat pemeriksaan dan rondaan untuk memastikan tidak ada sesiapa pun menceroboh kawasan laluan paip gas tersebut.


"Jika ada pencerobohan kawasan tersebut tindakan lebih tegas akan dilakukan. Kita juga minta masyarakat melaporkan kepada pihak berkuasa jika ada sebarang aktiviti di kawasan tersebut," katanya dipetik.


Penjelasan tersebut menyusul kebimbangan awam susulan insiden kebakaran paip gas di Putra Height pada Selasa.


Sementara itu Arul Kumar memaklumkan, setakat ini tiada sebarang isu membabitkan saluran gas dikesan di Negeri Sembilan.


Bagaimanapun pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan syarikat terlibat untuk mendapatkan maklumat terperinci serta memahami aspek keselamatan berkaitan saluran gas yang terdapat di negeri ini.


"Kita juga akan mengkaji semula setiap projek perumahan baharu di negeri ini bagi memastikan terdapat zon penampan (buffer zone) bagi saluran gas.


"Laluan gas seperti ini sudah ada sejak berpuluh tahun. Setiap laluan itu ada zon penampannya sendiri. Jadi sangat penting kawasan seperti ini (berdekatan laluan gas) untuk tidak dicerobohi," tambahnya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page