top of page

Saingan sengit pertembungan calon Perpaduan-PN



Oleh: Abdullah Zaid


Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 18 November ini menyaksikan saingan sengit di antara calon Perpaduan (BN) dan Perikatan Nasional (PN).


Mereka terdiri daripada bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Raja Mohamed (calon satu), Naib Presiden Pas merangkap Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (calon dua) bagi merebut kerusi Parlimen Kemaman.


Perkara berkenaan diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kemaman, Farhan Abdul Wahab pada jam 10.16 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Dewan Berlian Utama MPK, di sini hari ini.


Farhan, memaklumkan Raja Mohammed Afandi, 65, yang diiringi seorang pencadang dan penyokong menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.04 pagi disusuli Samsuri,53, pada jam 9.21 pagi.


SPR menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula hari ini sehingga jam 11.59 malam pada 6 Oktober dengan pengundian awal pada 3 Oktober.


Seramai 16,456 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.


Calon BN berswafoto selepas disahkan sebagai calon PRK Kemaman

Terdahulu, Raja Mohammed Afandi tiba di pusat penamaan calon diiringi penyokong serta Timbalan Presiden UMNO Timbalan Presiden UMNO juga merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan; Presiden AMANAH Datuk Seri Mohammed Sabu dan Setiausaha Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Dr Asyraf Wajdi.


BN mempertaruhkan anak jati yang juga bekas Panglima ATM tersebut bagi merebut semula kerusi tradisi parti itu yang tewas kepada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.


PRK Parlimen Kemaman yang pertama kali diadakan selepeas Pilihan Raya Negeri (PRN), diadakan susulan keputusan kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) penyandangnya Che Alias Hamid dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page