top of page

Saifuddin tekad selesai isu kewarganegaraan penduduk Sarawak



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertekad untuk menyelesaikan segera masalah kewarganegaraan penduduk Sarawak yang telah berlarutan sejak beberapa dekad.


Hal itu dibuktikan apabila beliau terbang ke Kuching untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Status Kewarganegaraan Peringkat Negeri Sarawak Bil. 1/2023, pagi ini.


"Mesyuarat yang saya pengerusikan bersama dengan Datuk Sri Hajjah Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Masyarakat, Sarawak akan memberikan tumpuan kepada usaha mencari jalan keluar terhadap isu dokumen pengenalan diri serta hal-hal berkaitan yang telah tertangguh sekian lama.


"Saya nyatakan komitmen penuh serta iltizam politik saya untuk menangani isu ini demi kesejahteraan rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan hari ini.


masalah penduduk sarawak terutama di luar bandar yang tiada dokumen pengenalan diri sentiasa menjadi janji politik apabila menjelang pilihanraya namun tidka juga diselesaikan sejak beberapa puluh tahun.


Antara penyebab kanak kanak kawasan pendalaman Sarawak tidak didaftarkan kelahiran kerana kurangnya kesedaran ibu bapa dan lokasi tempat tinggal yang amat jauh dengan pejabat pendaftaran terdekat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page