top of page

Saifuddin Shafi lapang dada, teguh junjung agenda reformasi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 24
  • 1 min read


Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad, menzahirkan penghargaan kepada seluruh perwakilan yang telah menjayakan proses demokrasi parti dalam Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) 2025 yang berakhir semalam.


Menerusi satu kenyataan, beliau yang turut bertanding jawatan Ahli MPP menyatakan telah menerima keputusan pemilihan dengan hati yang terbuka dan penuh keinsafan, meskipun tidak terpilih.


"Perjuangan ini tidak pernah tentang kedudukan atau gelaran, tetapi tentang nilai dan matlamat reformasi yang kita semua junjung bersama sejak penubuhannya," katanya dipetik.


Saifuddin menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak mematahkan semangatnya, malah membakar azamnya untuk terus berkhidmat dalam memperkukuh barisan kepimpinan parti.


"Saya tetap komited untuk membantu Presiden dan seluruh pimpinan dalam memperkuat KEADILAN serta memenangi hati rakyat Malaysia.


"Ini adalah permulaan baharu untuk bekerja lebih keras, berfikir lebih jauh, dan bertindak lebih berani demi rakyat dan reformasi.


"Reformasi tidak pernah padam. Kita akan terus nyalakan obornya dengan semangat #KitaSalingMemerlukan," tambah beliau.


Dalam pada itu, Saifuddin turut mengucapkan tahniah kepada Nurul Izzah Anwar yang dipilih sebagai Timbalan Presiden, serta Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang berjaya mengekalkan Naib Presiden KEADILAN.


Sebagai penggerak utama kempen bagi kedua-dua calon itu, beliau menyifatkan kemenangan tersebut sebagai perkembangan signifikan yang bakal memperkukuh saf kepimpinan parti serta menambah keyakinan dan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


"Saya turut merakamkan penghargaan kepada jentera kempen yang telah bekerja keras sepanjang tempoh pemilihan.


"Saya amat tersentuh dan berbangga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh rakan-rakan seperjuangan. Semangat kalian adalah bukti bahawa KEADILAN masih teguh dan berdaya juang," tegas beliau.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page