top of page

Saifuddin Shafi bidas pemuda Bersatu Isu cuti Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 hours ago
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Pengarah Strategi KEADILAN Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad membidas kenyataan pemimpin Bersatu yang mempertikaikan tindakan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli bercuti seketika.


Menerusi satu kenyataan, Saifuddin menyifatkan kritikan Harris Idaham Rashid sebagai tidak wajar memandangkan insiden lebih serius pernah berlaku dalam kalangan pemimpin Bersatu sendiri.


"Berdegar-degar Pemuda Bersatu bila Rafizi bercuti. Pada tahun 2021, Edmund Santhara bercuti 55 hari untuk melawat anak dan isteri di New Zealand, ketika negara dilanda pandemik Covid-19.


"Bukankah waktu krisis Covid-19 memerlukan perhatian penuh jemaah menteri untuk menanganinya? Dasar pengkhianat, hal sendiri disorok di bawah permaidani," katanya menerusi catatan di Facebook.


Untuk rekod, tindakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Santhara Kumar, bercuti panjang di luar negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021 mengundang kritikan pelbagai pihak.


Antara yang membangkitkan isu itu ialah pemimpin UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi yang mempersoalkan bagaimana Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika itu boleh meluluskan cuti dan memberi kebenaran rentas sempadan untuk Santhara yang juga ahli bersekutu Bersatu bersama keluarganya di New Zealand.


Sedangkan tegasnya, ketika itu rakyat biasa dilarang merentas daerah untuk bertemu keluarga, malah cuti petugas barisan hadapan pula dibekukan.


Terdahulu, Harris dalam satu laporan media menyifatkan tindakan Rafizi bercuti sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan membimbangkan.


Beliau malah menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan kelulusan cuti tersebut.


Namun, Anwar dalam kenyataannya kepada pemberita pada Jumaat menegaskan tiada perkara berbangkit dalam isu itu kerana cuti beberapa hari adalah perkara biasa untuk seseorang yang bekerja.


"Beberapa hari sahaja cuti, bagilah… tak ada isu pun.


"Saya sendiri belum ambil cuti. Selepas sidang kemuncak ini (sidang kemuncak Asean 2025), boleh tak beri saya beberapa hari cuti?" katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page