top of page

Saifuddin, Setpol Menteri Pendidikan bincang perkukuh pendidikan Selangor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 10 minutes ago
  • 1 min read

Saifuddin dan Rozana berbincang memperkukuh agenda pendidikan negeri dengan dibantu kerajaan pusat
Saifuddin dan Rozana berbincang memperkukuh agenda pendidikan negeri dengan dibantu kerajaan pusat

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Selangor kekal konsisten memperkukuh agenda reformasi pendidikan bagi memastikan rakyat menikmati peluang pembelajaran lebih inklusif, berkualiti dan berdaya saing.


Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap (Standco) Pendidikan yang dipengerusikan Menteri Besar telah melaksanakan pelbagai anjakan penting dalam sektor pendidikan, selaras kedudukan Selangor sebagai negeri maju.


Namun, beliau berkata perhatian yang lebih tuntas perlu diberikan, justeru satu pertemuan diadakan bersama Setiausaha Politik Menteri Pendidikan, Rozana Zainal Abidin bagi membuka ruang kerjasama lebih kukuh antara Kerajaan Negeri dan Kementerian Pendidikan.


"Menerusi perbincangan, kami mengenal pasti pendekatan pragmatik untuk memperkukuh dan memperluas usaha mereformasikan sektor pendidikan.


"Saya turut membawa isu pembangunan infrastruktur sekolah, sinergi dengan Jabatan Pendidikan Negeri serta isu 1,221 rekod ketidakhadiran pelajar bagi peperiksaan SPM 2024.


"Beberapa isu pendidikan lokal di Batang Kali seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Ladang Bukit Minyak juga turut diketengahkan," katanya menerusi perkongsian di Facebook.


Sebagai rekod, Selangor memperuntukkan RM136.2 juta bagi sektor pendidikan dan pembangunan modal insan dalam Belanjawan 2026 — peruntukan tertinggi dalam sejarah, meningkat lebih RM55 juta berbanding tahun sebelumnya. Langkah itu membuktikan tekad Kerajaan Negeri membangunkan generasi masa depan yang berdaya saing.


Saifuddin berkata, pada pertemuan itu, Rozana yang juga Ketua Biro Pendidikan KEADILAN Selangor turut memberikan beberapa saranan untuk memperkasa pendidikan sekolah, khususnya di kawasan Anjung Utara Selangor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page