top of page

Saifuddin rai pelajar cemerlang, terjemah sokongan kepada pendidikan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 9
  • 1 min read

ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor tekad menyokong sebarang usaha yang dapat memajukan mutu pendidikan di negeri itu.


Setiausaha Politik Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menterjemah tekad itu dengan hadir menyantuni pelajar-pelajar daerah Hulu Selangor yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM, STPM dan STAM baru-baru ini.


"Ini adalah tahun kedua Pejabat Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor terlibat secara langsung dalam usaha menyemarakkan budaya kecemerlangan akademik di peringkat akar umbi.


"Tahniah diucapkan kepada pelajar cemerlang yang telah berusaha gigih, menunjukkan komitmen dan mencapai keputusan yang membanggakan," katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook.


Terdahulu, Saifuddin hadir ke Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan anjuran Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Selangor di Kuala Kubu Bahru pada Selasa.

Turut hadir ialah Pegawai Pendidikan Daerah, Puan Hajah Sarina Shaari.


Pada acara tersebut, pelajar cemerlang menerima sijil penghargaan yang ditandatangani sendiri Menteri Besar selain sumbangan saguhati.


"Kejayaan pelajar-pelajar ini bukan sahaja mengharumkan nama diri sendiri, malah juga keluarga, sekolah serta komuniti," tambah Saifuddin.


Dalam masa sama, beliau memberi jaminan Kerajaan Negeri melalui Pejabat Penyelaras DUN Batang Kali akan terus bekerjasama rapat dengan PPD serta warga pendidik bagi memperkukuh mutu pendidikan di daerah berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page