top of page

Saifuddin pertahan kenyataan terhadap Sanusi

Updated: Jul 27, 2023



Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mempertahankan kenyataannya terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kecurian unsur nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik dan dana pembiayaan Sistem Maklumat Rekod Jalan Malaysia (Marris) yang didakwa disalahgunakan.


Beliau yang juga Setiausaha Agung KEADILAN itu menyatakan pendirian tersebut dalam suratnya melalui firma guaman Nav & Co bertarikh 26 Julai kepada tuntutan Sanusi yang juga Menteri Besar sementara Kedah.


Pasukan peguam Saifuddin menegaskan bahawa apa yang didedahkannya melalui siri ceramah 15 Julai lalu bukan bersifat memfitnah.


"Anak guam kami menafikan bahawa kenyataan itu berunsur fitnah atau mampu membawa sebarang implikasi fitnah.


"Anak guam kami tidak berniat untuk membicarakan perkara ini melalui surat-menyurat.


"Kami mempunyai arahan untuk menerima perkhidmatan proses undang-undang," kata peguam Saifuddin dipetik.


Saifuddin sebelum ini mendakwa dia tidak mendedahkan kecurian REE dan dana Marris untuk memburukkan imej Sanusi sebaliknya menunjukkan wujud isu penyelewengan pentadbiran dalam Kerajaan Negeri.


Sanusi sebelum itu mengumumkan hasratnya untuk menyaman Saifuddin berhubung dua isu berkenaan pada 16 Julai lalu.


Pada 21 Julai, dia dilaporkan berkata peguamnya akan menghantar surat tuntutan kepada Saifuddin berhubung dakwaan kecurian REE dan isu pembiayaan RM1.6 bilion Marris.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page