Saifuddin pastikan Orang Asal Kg Sungai Kelubi tidak terpinggir
- Suara Keadilan

- Sep 5
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Walaupun terletak jauh di pedalaman tanpa akses jalan raya, kebajikan 231 penduduk Kampung Orang Asal Sungai Kelubi di kawasan sempadan pendalaman Rawang-Batang Kali tidak akan dipinggirkan.
Tekad itu dinyatakan Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Hulu Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad ketika mengadakan lawatan ke perkampungan itu pada Khamis.
Menerusi perkongsian di Facebooknya, Saifuddin menjelaskan bahawa kedudukan perkampungan yang berada di kawasan terasing tanpa jalan raya menyebabkan komuniti tersebut sukar disantuni.
"Namun itu bukan alasan untuk pentadbiran melupakan mereka. Saya akan pastikan setiap bulan, ada seorang pegawai dari Hulu Selangor datang melawat kampung ini," katanya.
Saifuddin yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar hadir ke perkampungan itu bagi menyampaikan 30 bakul makanan sumbangan Yayasan MBI.
Turut disampaikan ialah sumbangan kewangan untuk urusan kampung.
"Pengerusi JPKK memohon beberapa peruntukan yang saya akan bawa ke pihak yang berkenaan.
"Saya sempat juga bertanya kepada Tok Batin dan beberapa penduduk mengenai sumbangan SARA RM100 oleh Kerajaan MADANI. Masing-masing menunjukkan isyarat ibu jari dan tersenyum," katanya.









Comments