top of page

Saifuddin kongsi video lawatan kerja, penuhi tanggungjawab

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 24, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Menjengah pertengahan Januari, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sempat berkongsi jadual padatnya melakukan tugas demi memenuhi tuntutan rakyat.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Setiausaha KEADILAN itu memulakan jadual seharian kerjanya dengan dialog bersama agensi Persekutuan di negeri Kedah.


Lawatan itu antara lain bagi membolehkan peruntukan Kerajaan Pusat RM1.8 bilion dibelanjakan sesuai dengan pembangunan projek berimpak tinggi.


"Dalam pertemuan itu juga saya dibawa meninjau projek rancangan tebatan banjir Sungai Kedah atau Anak Bukit.


"Sekarang projek itu sudah mencecah 65 peratus, tujuan akhirnya supaya setiap sen peruntukan perbelanjaan yang dikeluarkan diagihkan untuk negeri Kedah mesti dilaksanakan," katanya.

ree
Ds Saifuddin menziarahi rakan lama yang sakit

Dalam pada itu, meskipun sibuk menjalankan tugasnya, bekas Ahli Parlimen Kulim itu sempat meluangkan masa menziarahi sahabatnya yang menghadapi masalah kesihatan.


"Kebetulan, sahabat karib saya dikhabarkan sedang diuji dengan masalah kesihatan beliau adalah saudara Abdul Rahman Tasu.


"Saya bersegera untuk menziarahi beliau ditemani rakan rakan sekolah lain dengan doa mudah-mudahan beliau akan segera pulih daripada masalah kesihatan," ujarnya lagi.


Seterusnya, bagi membincangkan isu keperluan pekerja Saifuddin mengadakan pertemuan dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.


Perbincangan itu antara lain bagi membincangkan soal kebajikan pekerja selain melaksanakan aspek pemantauan keselamatan dan aspek kebajikan majikan yang menggajikan pekerja.


"Kesemuanya itu dirangkul dalam mesyuarat yang dihadiri oleh kesemua agensi kawal selia termasuk rakan-rakan Jemaah Menteri," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page