top of page

Saifuddin kesal kejadian letupan di Ampang, korban satu mangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 30, 2022
  • 1 min read


Kejadian letupan yang mengorbankan satu jiwa malam tadi dikesali oleh Kementerian Dalam Negeri.


Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kejadian letupan yang berlaku di Ampang, Selangor itu sedang disiasat bagi mengetahui punca sebenar letupan tersebut.


"Saya zahirkan rasa kesal diatas kejadian letupan yang berlaku di Ampang semalam mengakibatkan satu nyawa terkorban. Takziah buat keluarga mangsa.


"PDRM sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui kejadian sebenar yang berlaku. Mereka yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan," katanya dalam kenyataan.


Justeru, beliau memberi amaran keras bahawa pihak keselamatan Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang elemen keganasan yang boleh mengancam keselamatan negara serta menggugat ketenteraman awam.


"Mana-mana pihak yang punya hasrat bertentangan dengan undang-undang negara, saya gesa untuk segera hentikan. Malaysia ini negara yang cintakan keamanan dan perpaduan, hal sebegini sama sekali tidak akan dibenarkan menjalar di Malaysia.


"Komitmen tegas saya untuk melakukan apa jua usaha terdaya bagi memastikan Malaysia terus menjadi sebuah negara yang aman, makmur dan selamat untuk didiami oleh semua," katanya lagi.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page