top of page

Saifuddin imbau pahit manis perjuangan, pendoman bergerak ke hadapan



Oleh: Abdullah Zaid


Konvensyen 25 Tahun KEADILAN hari ini membuka tirai dengan ucapan Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution mengimbau liku perjuangan Reformasi.


Melalui surat balas ketika Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam penjara Sungai Buloh pada 1999, Saifuddin berkata, tokoh Reformasi itu masih mampu memberi pandangan mengenai penubuhan parti yang masih dalam perbincangan pada ketika itu.


Menerusi surat tersebut, Saifuddin menjelaskan Anwar Ibrahim memberi amanah kepadanya untuk membantu Presiden dan Timbalan Presiden parti.


"Selain itu, saudara (Saifuddin) harus mengembleng bakat muda dikalangan rakan-rakan orang lama seperti saya lebih cenderung pandang ke hadapan


"Saya diberi faham pengumuman sebuah parti politik akan dibuat makan saya terdorong untuk beri sedikit pandangan mengenai jawatan Setiausaha Agung parti.


"Penjawatnya harus berani sanggup kerja keras strategis dan boleh bekerja sendiri dan berpengalaman luas dalam politik," kata Anwar isi surat yang dibaca Saifuddin mengenang momen 25 tahun lampau.


Selain itu, Saifuddin juga mengimbau liku liku jatuh bangun KEADILAN dan membaca petikan surat Anwar yang sangat optimis parti akan bangkit pada saat kekalahan teruk usai Pilihan Raya Umum ke-11 (PRU 2004).


"Tahun 1999 menang lima parlimen (Tanah Merah, Kota Bharu, Ketereh, Kemaman dan Permatang Pauh)


"Tetapi pada 2004 kita hanya tinggal Permatang Pauh itu pun setelah tiga kali (kiraan semula) kita hanya dapat majoriti menang 500 waktu itu siapa nak masuk parti kita?," soalnya.


Namun katanya, apa yang lebih menginspirasikan surat dari Anwar pada 2004, beliau masih memberi suntikan semangat biarpun kemenangan parti hanya bertahan satu kerusi parlimen.


Tambahnya, pada ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar parti segera bangkit mengumpul kekuatan dan mengenalpasti kelemahan parti.


"Maka saya menggesa ambil langkah terburu-buru sebaiknya ditunggu dan membawa perubahan penyusunan dilakukan serentak dengan parti serta penyertaan lain-lain pemimpin masyarakat Islam dan bukan Islam termasuk GIM, ABIM, pertubuhan masyarakat Cina, wakil Sabah dan Sarawak," kata Saifuddin membacakan surat balas Anwar kepadanya.


Sambutan 25 tahun KEADILAN tertumpu di Pusat Konvensional Ideal (IDCC) Shah Alam hari ini bertujuan meraikan sokongan dan dokongan anggota-anggota dan penyokong perjuangan reformasi sebagai tanda penghargaan parti di atas sumbangan semua pihak yang meletakkan KEADILAN di kedudukan sekarang ini.


Kemuncak konvensyen ulang tahun Jubli Perak itu dijangka berakhir pada 1.00 petang dengan amanat Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dengan peluncuran Dokumen KEMAS16 dan POP25.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page