top of page

Saifuddin dedah satu lagi kes curi REE di Kedah



Kecurian unsur nadir bumi (REE) di negeri Kedah didakwa tidak hanya berlaku di kawasan milik Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik seperti didedahkan sebelum ini.


Sebaliknya menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, kecurian bahan berharga itu berlaku di satu lagi kawasan milik anak syarikat kerajaan negeri (GLC) di Kampung Bendang Man, Sik.


Tanpa mendedahkan bila kecurian itu berlaku, Saifuddin berkata, beberapa tangkapan telah dilakukan oleh pihak berkuasa dengan lima guni REE turut dirampas daripada pihak disyaki terlibat.


"Kejadian terbaru ini berlaku di luar kompartmen 12 Hutan Simpan Bukit Enggang iaitu di dalam Ladang MBI Kedah – Felcra Bhd di Kampung Bendang Man.


"Saya difahamkan atas nama eksplorasi, telah dikeluarkan hampir lima guni lagi REE dari kawasan itu.


"Pihak polis sudah mengambil tindakan dan ada tangkapan dilakukan selain rampasan lima guni REE. Berapa ramai yang ditahan setakat ini, itu kena tanya polis," katanya dipetik dalam sidang akhbar di Pejabat KEADILAN negeri Kedah, di Alor Setar pada Khamis.


Susulan pendedahan terbaharu itu, beliau mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selaku Pengerusi MBI memberi penjelasan mengapa Ketua Pegawai Eksekutif MBI Kedah, Muhamad Sobri Osman boleh mengeluarkan surat bertarikh 3 Mei 2023 kepada Jangka Bakat Minerals Sdn. Bhd. untuk masuk ke tanah milik mereka di Kampung Bendang Man itu dengan tujuan melakukan penerokaan.


"Lesen eksplorasi ini diberi tetapi siapa dalam syarikat itu yang terdiri daripada ahli geologi profesional? Siapa yang memperakuinya dan apa keperluan membawa keluar sampai lima guni REE dari kawasan itu?


"Berapa banyak sampel nak ambil dan berapa banyak lagi surat kebenaran akan dikeluarkan MBI Kedah untuk lesen pengambilan sampel? Sanusi kena tanya perkara ini kepada CEO MBI," ujar beliau lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page