top of page

Saifuddin bidas UNHCR dakwaan halang lawatan depot Imigresen

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
ree

Putrajaya membidas Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sekaligus menafikan dakwaan Malaysia menyekat lawatan suruhanjaya itu ke depot tahanan imigresen.


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata sehingga kini hanya dua permohonan lawatan depot tahanan imigresen telah diterima daripada UNHCR tahun ini.


"Seingat saya, tahun ini baru dua kali kami terima surat di mana UNHCR memohon untuk melawat depot imigresen. Tetapi dalam laporan New York Times, mereka beritahu dunia kata kita sekat, tak bagi," katanya dipetik pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya, pada Khamis.


Laporan New York Times sebelum ini memetik UNHCR sebagai mendakwa bahawa suruhanjaya itu dihalang melawat kebanyakan depot tahanan sejak 2019, sehingga menjejaskan usaha mengenal pasti pelarian serta memantau keadaan pusat tahanan.


Saifuddin sementara itu menegaskan bahawa Malaysia bukan penandatangan Konvensyen Pelarian 1951, namun memilih untuk mengurus pelarian secara bermaruah berdasarkan rasa tanggungjawab moral.


"Malaysia hanyalah negara transit sebelum pelarian ditempatkan ke negara ketiga setelah didaftarkan dengan UNHCR. Peluang mereka untuk ditempatkan ke negara ketiga semakin tipis. Jadi kita perlu menguruskan perkara ini sebagai kerajaan, dan akhirnya kita yang memikul tanggungjawab.


"Kita lakukan ini kerana tanggungjawab moral. Kita mahu mengurus manusia dengan bermaruah. Manusia ada harga diri, termasuk pelarian," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page