top of page

Saifuddin bakal kemuka usul gantung Takiyuddin daripada Dewan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 34 minutes ago
  • 1 min read

Ketua Pembangkang, Takiyuddin dicadang untuk digantung daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan
Ketua Pembangkang, Takiyuddin dicadang untuk digantung daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dijangka akan membawa usul mencadangkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan digantung daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan.

Menurut aturan mesyuarat hari ini, Saifuddin akan meminta Dewan memutuskan sama ada Takiyuddin patut digantung atas komen yang dibuat semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026, 22 Okt lalu.


Ia berhubung kenyataannya mengaitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Masjid Rusila, Marang, Terengganu dengan peristiwa Memali 1985 yang dianggap mengelirukan sehingga boleh mencetuskan sentimen anti kerajaan.


Menurut laporan media yang memetik usul berkenaan, Takiyuddin, walaupun pihak polis telah membuat penjelasan pada 6 dan 13 Okt bahawa episod tersebut sebahagian latihan yang dijalankan oleh Pasukan STAR APMM terus membangkitkan perkara tersebut di Dewan Rakyat.


Dakwaan Ahli Parlimen Kota Bharu itu didakwa mencemarkan imej APMM, merendahkan martabat pegawai, dan berpotensi menimbulkan sentimen anti kerajaan.


Takiyuddin sebelum ini mendakwa, 10 hingga 15 lelaki dalam lima buah kereta telah ‘menyerbu’ Masjid Rusila dengan cara yang mencurigakan.


Saifuddin menjelaskan kejadian itu berpunca daripada salah faham dan anggota APMM terbabit hanya singgah untuk solat Asar semasa latihan.


Sama ada usul tersebut akan dibentangkan atau dibahaskan hari ini masih tertakluk kepada budi bicara speaker dan bergantung pada perjalanan mesyuarat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page