top of page

Sabah, Sarawak bakal jadi jelapang padi kedua negara



Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berhasrat untuk menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai jelapang padi negara yang kedua pada masa hadapan.


Menteri KPKM, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam satu sidang media di Pasir Putih, Kelantan pada Ahad berkata, hasrat tersebut akan direalisasikan menerusi pelaksanaan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) Ala Sekinchan.


Tambahnya, bagi tujuan itu beliau akan bertemu Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan hasrat tersebut.


"Hasil padi di kedua-dua negeri itu sebenarnya agak tinggi terutama di Sarawak. Sekiranya, kerajaan bergerak seiring dengan Sarawak menerusi cara moden ini, saya yakin hasil yang diperoleh akan tinggi.

"InshaAllah bulan depan, saya akan bertemu Premier Sarawak bagi membincangkan perkara berkaitan dengan penanaman padi di negeri berkenaan," katanya dipetik.


Terdahulu Mohamad merasmikan Majlis Perasmian SMART SBB Ala Sekinchan KADA di bendang Tok Ajam yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Muhammad Husin.


SMART SBB ala Sekinchan adalah model baharu yang diperkenalkan KPKM sejak Mei tahun lalu. Ia mengaplikasi amalan terbaik penanaman padi di Sekinchan untuk direplikasi ke kawasan lain.


Melalui konsep itu, ia boleh meningkatkan hasil padi sebanyak 70 peratus berbanding kaedah biasa


KPKM mensasarkan sebanyak 150,000 hektar sawah padi di negara ini akan diusahakan menggunakan Smart SBB Ala Sekinchan menjelang 2030 bagi mencapai tahap sara diri tanpa perlu mengimport beras dari negara lain.


"Bagaimanapun kita akui untuk 100 peratus melaksanakan SMART SBB ala Sekinchan agak sukar, berikutan beberapa masalah yang perlu dihadapi termasuk pengairan, kewangan, teknologi dan pembajaan.


"Kemudahan seperti sistem pengairan itu perlu dipertingkatkan terlebih dahulu kerana bukan semua kawasan mempunyai kemudahan lengkap," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page