top of page

Sabah sambut baik keputusan Persekutuan pindah kuasa kawalan gas



Keputusan Kerajaan Persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah disambut baik oleh Kerajaan Negeri.


Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengumuman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam merupakan langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sentiasa menjadi aspirasi negeri itu dan rakyatnya.


"Kerajaan negeri teguh dalam usaha untuk mengawal dan menguruskan sumber minyak dan gas negeri," katanya dalam satu kenyataan.


Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada Kerajaan Negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha Kerajaan Persekutuan untuk menghormati MA63.


Perkembangan ini antara beberapa isu besar yang diluluskan Jemaah Menteri, selepas Anwar mengarahkan tunggakan tuntutan Perjanjian Malaysia 1963 diselesaikan dalam tempoh sebulan.


Susulan pemindahan kuasa tersebut, peletakan harga dan perjanjian baharu bekalan gas di Sabah akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri


"Selepas keputusan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengadakan sidang khas untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-Undang Negeri Sabah bagi bekalan gas.


"Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini berkuat kuasa serta-merta," tambah Hajiji sebagai mengulas perkembangan itu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page